Betul atau salah? 1. keluar rumah 2. keluar dari rumah 3. mengemas katil 4. mengemaskan katil 5. peti kecemasan 6. peti pertolongan cemas 7. ambulans 8. kereta ambulans 9. Adik menangis kerana sakit. 10. Adik menangis kerena dia sakit. 11. terjaga dari tidur. 12. terjaga daripada tidur 13. mengeluarkan wang dari dompet 14 mengeluarkan wang daripada dompet 15. terjaga dari tidur 16 terjaga daripada tidur 17. Dia ada hanya sebatang pen. 18. Dia hanya ada sebatang pen. 19. Tiada sesiapa yang datang menolongnya. 20. Tiada sesiapa pun yang datang menolongnya. 21. Tanam-tanaman dihanyutkan air. 22. Tanam-tanaman dihanyutkan oleh air. 23. menggantung belon 24. menggantungkan belon Saya difahamkan bagi benda abstrak, kita tidak boleh menggunakan penjodoh bilangan. Mengapakah saya masih nampak frasa seperti sebuah lagu? Apakah penjodoh bilangan bagi lagu, cerita, tin dan negeri? | Ayat yang betul ialah ayat no. 2, 4, 6, 7, 9, 12, 14, 16, 18, 19 & 20, 21, 24. Penjodoh bilangan dengan kata nama abstrak sangat terbatas penggunaannya. Selama ini hanya terdapat dua penjodoh bilangan sahaja yang digunakan dalam konteks berkenaan, iaitu patah untuk perkataan dan buah untuk cerita, puisi, negara, masyarakat, parti politik, persatuan dsbnya. | Tatabahasa | 25.10.2010 |
Apabila terjaga daripada tidur, aku dapati diriku berada di bawah katil. perkataan "dapati" boleh digantikan dengan "mendapati"? Kedua-dua perkataan boleh digunakan dlm ayat ini? Adakah apa-apa perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut? | Kedua-dua perkataan mendapati dan dapati boleh digunakan dalam ayat. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Apabila terjaga daripada tidur, aku dapati diriku berada di bawah katil. perkataan "dapati" boleh digantikan dengan "mendapati"? Kedua-dua perkataan boleh digunakan dlm ayat ini??? | Kedua-dua perkataan mendapati dan dapati boleh digunakan dalam ayat. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
TERJAGA DARI ATAU DARIPADA TIDUR ? | Frasa yang betul ialah terjaga daripada tidur kerana kata sendi nama "daripada" digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 269. | Tatabahasa | 06.10.2009 |
mohon jelaskan perbezaan kata sendi nama dari dan daripada, di dalam buku teks Bahasa Melayu SK tahun 4 muka surat 61 " Aku terjaga daripada tidur setelah...." mengapa menggunakan perkataan daripada.. sekian terima kasih | dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah daripada. | Tatabahasa | 11.04.2011 |
1) Apakah definisi kampung tradisional dan ciri-ciri kampung tradisional 2) Apakah definisi bandar metropolitan | 1. Tidak ada definisi khusus untuk kampung tradisional dan ciri kampung tradisional dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat definisi "kampung" dan "tradisional" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. iaitu: i. kampung bermaksud 1. kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun 2. kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok 3. (kiasan) tidak moden, agak kolot 4. bukan dihasilkan (dipelihara dll) dengan cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kampung ii. tradisional bermaksud berkaitan dengan, bersifat, atau mengikut tradisi, 2. Dalam bidang Geografi, istilah bandar metropolitan bermaksud sesebuah bandar yang terlalu besar atau sebuah kawasan bandar yang diperluas. | Makna | 29.11.2012 |