Assalamualaikum, Ayat yang manakah yang paling tepat? Soalan pertama a) Pakaian artis itu sungguh mencolok mata. b) Pakaian artis itu sungguh menjolok mata. Soalan kedua a) Masa depan seseorang pelajar akan lebih terjamin sekiranya belajar dari semasa ke masa. b)Masa depan seseorang pelajar akan lebih terjamin sekiranya belajar dari masa ke semasa. | 1. Ayat yang betul ialah: a)Pakaian artis itu sungguh mencolok mata. 2. Ayat yang betul ialah: Masa depan seseorang pelajar akan lebih terjamin sekiranya belajar dari semasa ke semasa. | Tatabahasa | 04.11.2012 |
Tuan, Terjemahan manakah yang lebih sesuai bagi ayat berikut:- 'Making a safer and more secure nation' i) Menjadikan negara lebih selamat dan terjamin ATAU ii) Menjadikan negara lebih selamat dan terpelihara Sekian, terima kasih. | "Making a safer and more secure nation" dapat diterjemahkan sebagai Menjadikan negara lebih selamat dan terjamin. | Makna | 08.08.2018 |
Tuan, 1. Betulkah "Justeru" bermaksud "Oleh itu"? Contohnya, Kita harus mandi setiap hari. Justeru, kesihatan kita dapat terjamin. Penggunaan "justeru" dalam ayat di atas adalah betul? 2. Margana Restoran yang terletak di Jalan Alor itu terkenal dengan masakan rendang daging. Bagi ayat di atas, frasa "masakan rendang daging" atau "masakan daging rendang" adalah betul? Terima kasih. Cik Ong | Jawapan soalan (1). Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud. 1. kebetulan, tepat, kena benar. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Penggunaan justeru yang membawa maksud "oleh itu" adalah salah dan menyalahi hukum tatabahasa. Jawapan soalan (2). Frasa yang betul ialah rendang daging. Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti dan menerangkan merupakan unsur penerang. Bagi nama menu, rendang ialah unsur inti manakala daging ialah unsur penerang. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 354-355. | Tatabahasa | 13.11.2018 |
Mohon semak ayat yang mana lebih tepat dan sesuai bagi penggunaan tema berikut: "Kelestarian Komoditi Menjamin Masa Depan" atau "Kelestarian Komoditi Untuk Masa Depan Yang Lebih Terjamin | Untuk makluman saudara lestari bermaksud kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks alam sekitar dan perhutanan. Namun begitu penggunaan perkataan lestari boleh diperluaskan kepada bidang yang lain selagi bertepatan dengan maksud "kekal"nya itu. Dalam hal ini kami berpandangan frasa kelestarian komoditi tidak sesuai kerana komoditi sesebuah negara mesti ditingkatkan atau bertambah dari semasa ke semasa dan bukannya dikekalkan. Sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih tepat maknanya. Dalam konteks perkataan yang lain tema yang pertama lebih sesuai kerana lebih ringkas dan mudah diingati
| Tatabahasa | 26.02.2013 |