1.Lelaki itu jatuh...............apabila kakinya tersepak seketul batu yang agak besar A.terduduk B.tersandar C.terjelepok D terperosok tolong berikan jawapan yang tepat tuan? | Lelaki itu jatuh terjelepok apabila kakinya tersepak seketul batu yang agak besar. Perkataan terjelepok lebih sesuai kerena bermaksud jatuh terduduk. | Tatabahasa | 26.04.2011 |
terjelepok kepenatan di atas kerusi. terkedang kepenatan di atas kerusi. yang manakah betul? terima kasih. | Terjelepok bermaksud jatuh terduduk, manakala terkedang bermaksud terbaring mengunjur. Berdasarkan makna yang tersebut, ayat "terkedang kepenatan di atas kerusi" yang paling tepat. | Tatabahasa | 24.08.2011 |
Izat ..............apabila melalui jalan yang licin itu. jawapan..................... terjelepok/ tergelincir/tersungkur? | Perkataan yang paling sesuai ialah tergelincir. 'Izat tergelincir apabila melalui jalan yang licin itu.' Menurut Kamus Dewan, tergelincir bermaksud terdorong kerana licin dll; tergeluncur. Terjelepok bermaksud jatuh terduduk. Tersungkur bermaksud jatuh ke depan serta muka terkena tanah; tersembam. | Tatabahasa | 28.05.2011 |
apakah maksud perkataan terhenjut dan terjelepuk? | Ejaan yang betul ialah terenjut yang bermaksud bergerak turun naik (tinggi rendah). Kata terjelepok bermaksud jatuh terduduk atau jatuh bersila. | Makna | 07.07.2008 |
Selamat pagi tuan, Saya ingin bertanya tentang 1. kata ganti nama diri ketiga, "dia". Bolehkah "dia" digunakan sebagai objek? Contoh Ayat : i) Saya mengajar dia? ii) Saya memberi dia roti. 2. Apakah kata kerja untuk keadaan ini: jika seseorang jatuh terjelepok, kita hendak membantu dia bangun, adakah kata kerja ini ialah : memimpin ? memapah? membimbing? 3. masih perlu *bangun* ? membimbing budak itu bangun? memapah budak itu bangun? memimpin budak itu bangun? atau tidak perlu perkataan "bangun"? Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu. | 1. Kata ganti nama “dia” boleh menjadi objek. 2. Jika seseorang itu jatuh terjelepok, kita hendaklah membantunya. 3. Tidak perlu berdasarkan contoh di atas. | Tatabahasa | 30.11.2022 |