Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terjemah;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
terjemah perkataan "LETTER HEAD" ke bahasa malaysia

LETTERHEAD dalam bahasa Melayu ialah KEPALA SURAT. Sekian, Terima kasih.

Lain-lain16.04.2008
apakah terjemahan untuk technopreneurs dalam bahasa melayu. ada pengarang terjemah usahawan-tekno.ada terjemah teknousahawan.Terjemahannya ialah teknousahawan. Penyemakan dan penterjemahan06.01.2009
SILA TERJEMAH KEPADA BAHASA JAWI PEMBEKAL RACUN PERTANIAN PENJUAL PEMBEKAL RACUN DAN BAJA PERTANIANEJAAN JAWI BAGI PEMBEKAL RACUN PERTANIAN:

ڤمبکل راچون ڤرتانين




Lain-lain17.02.2020
Mohon terjemah "Malaysia Heart of Digital ASEAN".Mohon pihak tuan/puan mengemukakan konsep perkataan bahasa Inggeris tersebut untuk kami berikan padanan bahasa Melayu yang lebih tepat.Penyemakan dan penterjemahan18.11.2019
Apakah terjemah terbaik untuk 'cold call' atau 'cold calling' iaitu istilah yang terdapat dalam pemasaran (mengikut Wikipedia).Untuk makluman, istilah "cold call" atau "cold calling" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep istilah tersebut agar kami dapat mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah13.04.2013
minta terjemah ayat "quit smoking centre" dalam bahasa malaysia, bolehkah mengguna "pusat berhenti merokok"? sila maklumbalas ke emel xenexmail@gmail.com, terima kasihJika diterjemahkan secara langsung 'Quit smoking centre' dalam bahasa Melayu ialah 'Pusat Berhenti Merokok'. Walau bagaimanpun terjemahan ini terlalu umum dan kami mencadangkan diberi nama lain yang lebih indah di samping tidak mengaitkan pusat 'pemulihan' tersebut dengan kegiatan merokok.Istilah02.04.2011
Mohon terjemah istilah berikut :- 1. In its own right 2. Wealth 3. In Kind 4. Adjustedwealth - kekayaan;  in kind - dalam bentuk benda/barang; adjusted- disesuaikan; diselaraskan.  Ungkapan in its own right membawa maksud pun. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan, halaman 1352.  Lain-lain06.03.2008
BAGAIMANA UNTUK TERJEMAH SURAT DARIPADA BAHASA MELAYU KEPADA BAHASA INGGERISUntuk makluman tuan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk menterjemah dokumen, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-emel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan04.08.2016
Adakah DBP menyediakan perkhidmatan menterjemah Bahasa Inggeris ke Mandarin?Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau  e-mel terjemah@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan23.09.2019
Saya ingin bertanya apakah istilah terjemah terbaik untuk biochar atau biological charcoal? Adakah saya boleh terjemah kepada arang biologi? Atau terus mengambil kata asalnya biochar?Kami bersetuju dengan pandangan tuan untuk menterjemah biology charcoal kepada arang biologi.Penyemakan dan penterjemahan27.10.2014
12345678910

Kembali ke atas