Assalamualaikum/Salam sejahtera. Saya inginkan penjelasan tentang penggunaan TAHU dalam ayat berikut : Jika remaja TAHU bahawa perlakuan seks bebas itu ialah perbuatan yang salah dan akan mengundang banyak masalah, pasti mereka akan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah itu. Pengunaan TAHU atau MENGETAHUI yang lebih tepat? Sekian terima kasih. | Penggunaan kata mengetahui lebih tepat dalam konteks ayat ini. Jika remaja mengetahui bahawa perlakuan seks bebas itu ialah perbuatan yang salah dan akan mengundang banyak masalah, pasti mereka akan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah itu. Penerangan: Kata dasar mengetahui ialah tahu. Kata mengetahui digunakan dalam ayat aktif. Contoh ayat lain untuk penggunaan kata mengetahui adalah seperti berikut: Daripada peristiwa buruk yang menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita mengetahui betapa kuatnya kuasa bom atom itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Tatabahasa | 31.12.2017 |
boleh tuan berikan perbezaan antara kata akar dan kata dasar? | Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan. | Istilah | 05.03.2013 |
Salam Sejahtera, Boleh saya dapatkan senarai KATA ASAS bahasa Melayu? Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, tiada frasa kata asas tetapi terdapat frasa kata dasar, kata akar, kata pokok. Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 20.03.2014 |
Assalamualaikum, selamat pagi. Saya ingin menanyakan apakah perbezaan antara kata dasar dengan kata akar? | Menurut data kami, kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Dalam istilah linguistik, "kata akar" ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Contoh "belajar" yang boleh menerima apitan peN-...-an, menjadi "pembelajaran". | Tatabahasa | 22.07.2018 |
Apakah perbezaan antara "kata dasar" dengan "kata akar"? Sila berikan contoh. | 1. Kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Dalam istilah linguistik, "kata akar" ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus. 2. Kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Contoh "belajar" yang boleh menerima apitan peN-...-an, menjadi "pembelajaran". | Istilah | 08.05.2015 |
Merujuk soalan 92 ( tentang maksud 'kata akar' dan 'kata dasar ). Tuan menyatakan bahawa kedua-dua tidak mempunyai maksud. Walau bagaimanapun, setelah merujuk TD Edisi Ketiga m/s 67 yang menyatakan bahawa ' kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar. m/s 107 menunjukkan kata akar yang dimaksudkannya ialah' tapa', tawa, 'mudi'. Jadi, kesimpulan yang saya buat ialah kata akar hanya berbentuk morfem terikat ( tidak termasuk imbuhan) tetapi kata dasar berbentuk morfem bebas dan morfem terikat (disebut kata akar). Kedua-duanya boleh menjadi kata terbitan setelah menerima imbuhan. Minta pendapat tuan. Terima kasih. | Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan. | Tatabahasa | 26.04.2010 |