Mana yang tepat ayat berikut: 1. Saya bekerja / berkerja sebagai anggota polis. 2. Lawatan ke Air Terjun Madai / Air terjun madai 3. Kemaskini / kemas kini 4. Justeru itu saya mengucapkan ribuan terima kasih atau justeru, saya mengucapkan ribuan terima kasih. | Jawapan yang paling tepat seperti berikut: 1. Saya bekerja sebagai anggota polis 2. Lawatan ke Air Terjun Madai (nama tempat ialah kata nama khas) 3. Ejaan yang betul ialah kemas kini 4. Perkataan yang betul ialah justeru, bukan justeru itu | Tatabahasa | 04.08.2017 |
Cikgu, ayat "Dia menerjunkan anjingnya ke dalam sungai" bermaksud dia menyuruh anjingnya terjun ke dalam sungai atau bermaksud dia membiarkan anjingnya terjun ke dalam sungai sedangkan dia tidak mempedulikan anjingnya? | "Dia menerjunkan anjingnya ke dalam sungai" bermaksud dengan sengaja menyebabkan anjingnya terjun sama ada dengan menyuruh atau menolak anjingnya sehingga terjun ke sungai. | Lain-lain | 23.12.2014 |
Saya nak tanya antara ayat berikut yang mana lebih tepat. 1. "Wah, sungguh nian sejuk air terjun ini!" kata Tinesh kepada kawan-kawannya. 2. "Wah, terlalu amat sejuk air terjun ini!" kata Thinesh kepada kawan-kawannya. | Ayat (1.) adalah salah. Ayat yang betul ialah 1. "Wah, sungguh sejuk nian air terjun ini!" kata Tinesh kepada kawan-kawannya. Ayat (2.) adalah betul. "Wah, terlalu amat sejuk air terjun ini!" kata Thinesh kepada kawan-kawannya. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
Apakah jawapan jawapan yang betul untuk ayat ini ? Air ( dari/ daripada ) air terjun digunakan untuk menjana kuasa elektrik. | Air daripada air terjun digunakan untuk menjana kuasa elektrik. | Tatabahasa | 26.12.2014 |
Buka fail gambar. Bagi contoh berikut, gambar yang digunakan adalah gambar air terjun di dalam bingkai / dalam bingkai. | Ayat yang gramatis ialah ... gambar air terjun di dalam bingkai .... | Tatabahasa | 22.12.2011 |
Tuan, ayat di bawah yang manakah betul? 1. Penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan menyedihkan rakyat-rakyat negara Chu. 2. Penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo menyedihkan rakyat-rakyat negara Chu. Perkataan "penerjunan" bermaksud hal atau perbuatan terjun, menerjuni atau menerjunkan. Dalam ayat (1), perkataan "penerjunan" bermaksud hal menerjuni. Jadi, frasa "penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan" atau frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" lebih tepat? Pada pandangan saya, frasa "penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan" lebih betul kerana frasa ini bermakna "hal menerjuni Sungai Miluo oleh Chu Yuan" atau "hal terjun ke dalam Sungai Miluo oleh Chu Yuan". Jika dikatakan frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo", frasa ini bermaksud "hal menerjuni Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" atau "hal terjun ke dalam Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo". Maksud frasa ini salah sepenuhnya. Frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" juga boleh bermaksud "hal menerjunkan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" atau "hal membuat Chu Yuan terjun ke dalam Sungai Miluo". Chu Yuan sendiri yang terjun ke dalam Sungai Miluo, bukan ada orang yang mungkin menolaknya menyebabkannya terjun ke dalam Sungai Miluo (menerjunkan Chu Yuan). | Kedua-dua ayat itu betul kerana penerjunan boleh bermaksud perbuatan (hal) terjun seperti dalam ayat pertama; menerjuni; atau menerjunkan seperti dalam ayat kedua. Ayat ini kedua ini diterima jika maksud yang hendak disampaikan ialah perbuatan menerjunkan Chu Yuan ke dalam sungai (betul berdasarkan konteks ayat). | Tatabahasa | 22.12.2014 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu padanan yang sesuai bagi "synchronised ten-metre platform category" dalam acara terjun? Terima kasih. | Tiada data "synchronised ten-metre platform category". DBP mencadangkan “kategori platform 10 meter segerak” untuk bidang sukan terjun. | Istilah | 03.03.2014 |
apakah beza makna perkataan nian dengan paling dan amat? bagaimanakah menjawab soalan begini jika jawapan wujud semua sekali. contohnya... kawasan air terjun di hutan lipur itu indah____. a) nian b) amat c) paling d) terlalu | Nian bermaksud terlalu sangat, amat, benar, sungguh dan berfungsi sebagai kata penguat belakang, manakala paling merupakan kata penguat hadapan, oleh itu ayat yang betul kawasan air terjun di hutan lipur itu indah nian. | Tatabahasa | 07.07.2008 |
Kami berhati-hati ketika mandi di kawasan air terjun itu kerana batu-batu di situ teramat licin. kata penguat "teramat" betul? | Kata penguat "teramat" boleh digunakan dalam ayat. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Adakah ayat berikut betul? 1. badan lembu berat tetapi badan kucing ringan. 2. Halim ialah kaum Melayu. 3. Air di air terjun sangat sejuk. Sekiranya salah bolehkah saya tahu apakah ayat yang betul tetapi masih membawa maksud yang sama? Terima kasih | Penggunaan kata hubung tetapi dalam Ayat 1: “ Badan lembu berat tetapi badan kucing ringan” betul dari segi tatabahasa tetapi tidak begitu sesuai dan tepat dari segi makna kerana perkara yang dibandingkan ialah perkara yang berbeza untuk maksud berlawanan dan perkara tersebut telah ternyata, sepatutnya ayat yang lebih gramatis ialah Badan lembu lebih berat berbanding dengan badan kucing. Ayat kedua yang betul ialah “ Halim ialah bangsa Melayu/ Halim berbangsa Melayu / Halim ialah orang Melayu/ Halim orang Melayu. Ayat ketiga yang betul ialah “ Air terjun sangat sejuk” | Tatabahasa | 16.03.2018 |