Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.kait] | ترکاءيت

Definisi : terlibat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terkait


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jelaskan konsep metafora secara meluas. Boleh kongsikan senarai bacaan yang terkait dengan aspek metafora? Senaraikan buku atau artikel yang terkait dengan penggunaan metafora dalam penulisan.Metafora merupakan gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak/puisi. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada  dua perkataan.  Jenis-jenis Metafora ialah (1) metafora implisit -pengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya;(2) metafora rancu - penggunaan /percampuran dua atau lebih unsur metafora dalam sesuatu pernyataan: (3) metafora usang - metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penyairnya, contoh 'merpati putih' dan 'bendera putih'.
Antara buku yang berkaitan: (1) Metafora Melayu:Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan Membentuk epistemologinya,Hassan Ahmad, 2003; (2) Metafora:kumpulan Cerpen, Rustamaji Susanti,2004. Kami mencadangkan puan ke perpustakaan termasuk Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat rujukan.
Makna11.02.2014
Ahmad Suyuti KHA 6.30 PTG selamat sore, saya mahu bertanya terkait padanan istilah. sudah adakah senarai istilah semasa (padanan istilah baharu Inggeris-Melayu)? semacam swafoto untuk "selfie" dan semacamnya. adakah senarai yang bisa saya rujuk? mohon informasinya. terima kasih.Tuan, istilah semasa DBP disebarkan dalam pelbagai medium termasuklah majalah keluaran DBP, Facebook DBP dan media elektronik seperti radio dan televisyen.Istilah14.09.2017
Adakah kata 'Malaysiana' akan dimasukkan dalam kamus baharu dbp? (Malaysiana - apa - apa yang terkait Malaysia).Setiap kata yang dimasukkan dalam kamus akan melalui proses pemilihan dan saringan yang standard. Fungsi kamus adalah untuk merakam perkataan yang lazim digunakan oleh masyarakat.Lain-lain25.12.2018
Assalamualaikum wbt., Tuan, Bolehkah saya membuat semakan desertasi/tesis saya dengan bantuan khidmat daripada DBP..? Makluman Tuan, desertasi/tesis saya adalah di dalam Bahasa Melayu...Mungkin juga ada beberapa masalah terkait dengan penggunaan bahasa,ejaan dan struktur ayat yang tidak betul dan tidak sesuai untuk digunakan... Oleh yang demikian, sekiranya pihak Tuan boleh menyediakan khidmat untuk semakan tersebut, amatlah saya harapkan.. Terima kasih.

(1)  Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada menyediakan perkhidmatan penyemakan penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen rasmi dan umum, termasuk tesis.

(2)  Kadar bayaran yang dikenakan ialah RM6.00 untuk satu halaman.

(3)  Tempoh masa yang diambil bergantung atas persetujuan antara pihak anda dengan DBP.

(4)  Sila kemukakan permohonan anda kepada Encik M. Azahari bin Edin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Permohonan boleh dikemukakan kepada beliau melalui e-mel azahari@dbp.gov.my. atau telefon 03-21479111 untuk perbincangan lanjut.

Lain-lain17.10.2017
Adakah ayat-ayat di bawah dikategorikan sebagai ayat aktif tak transitif: 1. Sarah menjeling manja ke arah kami apabila namanya dipanggil. 2. Saya yakin bahawa berita itu sungguh mendebarkan anda.Kedua-dua ayat ini ialah ayat majmuk dan tidak terkait dengan contoh ayat aktif tak transitif.Tatabahasa08.10.2015
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang frasa 'serampang dua mata'. Kamus menyatakan ia ada dua makna. Pertama, kiasan yang membawa maksud sesuatu dasar/program yang mempunyai dua matlamat/kepentingan/objektif. Kedua, ia peribahasa yang bermaksud orang yang menyebelahi dua pihak yang berlawanan. Terkait maknanya sebagai peribahasa, adakah 'serampang dua mata' digunakan untuk konotasi positif atau negatif? Kerana, apabila membaca takrif iaitu orang yang menyebelahi dua pihak berlawanan, timbul ketaksaan sama ada 'orang' itu pembelot (yakni membeloti kedua-dua pihak, membawa konotasi seorang oportunis) atau pendamai yang memihak kepada kedua-duanya bagi tujuan menjadi pengantara neutral yang bantu mudahkan pencapaian kata sepakat.Makna peribahasa serampang dua mata diberikan dengan jelas dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang anda rujuk. Kebijaksanaan intelektual Melayu sememangnya sangat terserlah dalam peribahasa yang boleh ditafsir pelbagai mengikut kesesuaian konteks penggunaan.  Namun, serampang dua mata bukan pembelot kerana pembelot merujuk pada orang yang lari lalu memihak kepada pihak musuh, bukannya memihak kepada kedua-dua pihak yang berlawanan. Makna05.01.2019

Kembali ke atas