Penggunaan "diberi" atau "terkandung" - yang mana lebih relevan digunakan di dalam petikan minit mesyuarat di bawah: Lembaga mengambil maklum mengenai cadangan dan laporan oleh Encik X seperti diberi / terkandung dalam Lampiran A kepada Kertas LPU30/2015. | Jawapan yang sesuai untuk ayat ini ialah "Lembaga mengambil maklum mengenai cadangan dan laporan oleh Encik X seperti terkandung dalam Lampiran A kepada Kertas LPU30/2015." | Tatabahasa | 03.04.2015 |
Apakah elemen yang terkandung dalam gaya bahasa? Adakah aspek skema dan trope terkandung dibawah skop gaya bahasa? Adakah kajian yang dibuat mengenai gaya bahasa jatuh dalam kategori bidang retorik? Jika tidak, apakah jawapannya? | Tidak banyak maklumat tentang gaya bahasa dalam pangkalan data kami. Melalui carian di Internet, tidak menemukan maklumat tentang skema dan trope dalam penulisan gaya bahasa, tetapi ada dibincangkan dalam tajuk retorik. Walau bagaimanapun untk mengesahkan maklumat tersebut sila rujuk guru dalam bidang berkenaan. | Tatabahasa | 06.02.2014 |
perpustakaan terdapat banyak bahan bacaan yang terkandung ilmu yang tidak dapat ternilai. Betulkah ayat ni? | Di perpustakaan terdapat banyak bahan bacaan yang terkandung ilmu yang tidak ternilai. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk melihat binaan ayat yang gramatis. | Tatabahasa | 01.08.2013 |
huraikan apa yang terkandung dalam carta fonetik dan cara wacana? | Fonetik - Ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Wacana - Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertuukaran idea secara lisan. . untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, saudara boleh merujuk maklumat lengkap daripada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Terima Kasih. | Makna | 20.07.2006 |
Adakah prkataan " claypot" tidak terkandung dalam kamus dewan bahasa. saya dapati majlis daerah kulai tidak memberi kelulusan lesen di sebankan perkataan claypot adalah bahasa english. Saya pihak tuan boleh memberi penjelasan. Fyi. RESTORAN Asam pedas claypot sudah mendapat kelulusan hanya majlis daerah mempersoalkan bahasa Claypot terhadap kami. | Padanan claypot dalam bahasa Melayu ialah belanga. Dalam ungkapan umum, perkataan claypot perlu ditukarkan kepada belanga, namun jka kata nama khas seperti nama kedai, perkataan tersebut boleh dikekalkan. Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Penyemakan dan penterjemahan | 19.08.2016 |
adakah perkataan 'berpencapaian' ada terkandung dalam Bahasa Melayu? | Perkataan "berpencapaian" tidak ada dalam Kamus Dewan tetapi pembentukan perkataan tersebut diterima dalam bahasa Melayu. Konsep perkataan tersebut sama dengan perkataan seperti berpendapatan, berpengalaman dan lain-lain. | Tatabahasa | 08.05.2013 |
1.Apakah perkataan "ahlan wa sahlan" terkandung dalam kamus Bahasa Melayu? 2. Sekiranya "ya", apakah maksud khusus bagi perkataan "ahlan wa sahlan"? 3. Bolehkah perkataan "ahlan wa sahlan" digunakan dalam penulisan Bahasa Melayu? | Encik Sabdin, Ahlan wasahlan ialah perkataan dalam bahasa Arab yang membawa maksud selamat datang. Perkataan ini hanya digunakan dalam bahasa lisan sahaja dan tidak digunakan dalam bidang penulisan bahasa Melayu. | Makna | 16.05.2010 |
Boleh ke saya baca isi kandungan yang terkandung dalam buku Malaysia kita dalam medan ini. Terima kasih. | Maaf saudara, DBP tidak menyediakan perkhidmatan tersebut tetapi saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Waktu operasi Pusat Dokumentasi Melayu ialah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.45 - 4.45 petang. Kecuali hari Jumaat ditutup pada waktu tengahari mulai pukul 12.15 hingga 2.45 petang. | Lain-lain | 19.02.2009 |
Maksud "Terma Rujukan". | Terma bermaksud peruntukan yg terkandung atau peraturan yg dikenakan dlm sesuatu kontrak (Kamus Dewan Edisi ke-4). Namun bagi terma rujukan, sila nyatakan konteks dan bidang penggunaan perkataan tersebut. | Makna | 02.11.2007 |
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa bersifat unik yang terkandung dalam ciri-ciri bahasa?boleh bagi maklumat lanjut? | Sdr. secara umumnya bahasa dikatakan unik kerana melalui bahasa pelbagai perlakuan boleh dinyatakan. perasaan pedih, sakit, gembira dam sebagainya. seperkara lagi setiap bahasa itu mempunyai caranya tersendiri untuk menerangkan dan menjelaskan sesuatu. dan banyak lagi keunikan tentang bahasa. untuk keterangan dan huraian yang lebih mendalam saudara perlulah memdapatkan beberapa buku dalam pelbagai bahasa yang banyak menyatakan atau yang boleh menjelaskan soalan sdr. ini terima kasih. | Tatabahasa | 09.08.2007 |