Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ka.ta] | ترکات

Definisi : 1. = terkata-kata dapat berkata­kata atau mengatakan sesuatu; tidak (tiada) ~ tidak dapat berkata-kata (utk menyatakan pendapat, perasaan, dll mengenai sesuatu), tidak berdaya mengatakan sesuatu: tiadalah ia terkata-kata lagi akan kelakuan Pak Pandir itu lalu ia berkemas barang-barangnya; maka adapun segala orang tiada percaya boleh dipecahkan kota Melaka itu pun terkatuplah mulutnya, tiadalah terkata-kata lagi; 2. = terkatakan dapat diceritakan (dinyatakan, diperikan), terperikan: maka orang mati pun tiada terkatakan lagi banyaknya; tiada ~ lagi bencinya baginda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dengan imbuhan kata kerja pasif di-, ber-, ter-, ke-…-an, ter-…-kan, dan ter-…-i. Contoh: 1.Lelaki itu kemalangan. 2.Kelazatan makanan itu tak terkatakan. Bagaimana kita nak tukar jadi ayat aktif. Boleh kongsi jawapan.1. Kemalangan menimpa lelaki itu. 2. Makanan itu kelazatan tidak terkata.Tatabahasa29.04.2013
Saya baru-baru ini menggunakan perkataan kelu untuk jari yang tak mampu meluahkan kata-kata melalui tulisan. Bagi saya, perkataan kelu sudah wajar diperluaskan untuk maksud hajat meluahkan kata-kata yang tertahan baik dari segi lisan mahupun penulisan. Memandangkan zaman sekarang media elektronik sudah semakin berpengaruh, penyampaian kata-kata dan perhubungan sudah semakin digital dan melebihkan tulisan berbanding lisan. Keadaan kelu tak mampu berkata sepatutnya turut boleh digunapakai untuk jari yang tak mampu menaip atas sebab hati yang tak yakin.Kami menerima pandangan tuan. Sehingga hari ini, kami masih memegang Kamus Dewan sebagai panduan iaitu kelu bermaksud . tidak dapat berkata-kata (kerana ketakutan, terkejut, dll): mendengar kata-katanya itu, ~lah lidah saya; 2. Kl sangat bodoh, bingung: jangan disuruh budak yang ~ itu; mengelukan menjadikan kelu, menyebab­kan tidak dapat berkata-kata; ~ diri men­diamkan diri (tidak berkata-kata); terkelu tidak terkata-kata, terdiam (tidak dapat berkata-kata); kekeluan perihal atau keadaan kelu: setiap kali mulutnya berkumat-kamit hendak berkata, setiap kali pula ~ timbul.

Tatabahasa20.07.2013

Kembali ke atas