Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.ba.wah] | ترکباوه

Definisi : bawah sekali, terendah: awak terlantar ke pelembahan tatakemanusiaan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terkebawah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Perkataan terkebawah ada dalam kamus dewan,bagaimana pula dengan perkataan terkeatas.Adakah wujud perkataan terkeatas.Perkataan terkebawah bermaksud paling bawah atau terendah. Oleh itu, untuk penggunaan yang tepat kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan terendah atau paling bawah bagi maksud terkebawah dan lawannya paling atas atau teratas. Perkataan terkeatas tidak ditemukan dalam data kami.Tatabahasa22.04.2014
Adakah benar perkataan terkebawah terbentuk daripada ter + ke bawah? Jika benar mengapakah ike bawah dieja bercantum?ke bawah :  dieja berasingan kerana ia menunjukkan arah .

terkebawah: dieja bercantum kerana ia menujukkan kedudukan.
Ejaan22.04.2014
saya ingin mengetahui maksud "di lata" secara lebih mendalam yang diguna pakai dalam syair menyambut pelajaran (buku komsas tingkatan 1). Setakat ini saya sukar untuk mengaitkan perkataan tersebut dalam syair untuk diterangkan kepada anak murid saya.

Berdasarkan maksud 'Syair Menyambut  Pelajaran', frasa "di lata" yang dimaksudkan ialah

taraf yang terkebawah.

Lain-lain26.04.2008

Kembali ke atas