kedu/terkedu - dalam kamus membawa erti lentik ke belakang atau terkedik soalan : kedu/terkedu bolehkah digunakan bagi maksud terdiam atau termangu contoh : berita itu membuatkan dia terkedu..... | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, perkataan terkedu yang membawa maksud terdiam atau termangu tiada, tetapi perkataan kelu atau terkelu yang mempunyai maksud demikian. Kemungkinan perkataan terkedu tersebut merupakan slanga, bahasa percakapan dan bukan bahasa baku. | Makna | 16.01.2009 |
Selamat sejahtera. Saya ada beberapa soalan. 1. Apakah terjemahan bagi istilah 'jack-in-the-box' dalam Bahasa Melayu? 2. Apakah maksud 'terkedu'? Kerana biasanya saya jumpa perkataan ini digunakan untuk situasi terkejut. | 1. Tiada terjemahan khusus untuk perkataan "jack-in-the-box" dalam bahasa Melayu. 2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "terkedu" bermaksud lentik ke belakang tubuh (Kerana sakit pinggang dan lain-lain). Untuk rujukan, sila layari terkedu&d=158212&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=terkedu&d=158212&#LIHATSINI | Makna | 11.12.2018 |
Angamah --------- setelah mendapat berita kematian ayahnya. a. terkelu b. terkedu c.terkilan d. tergamam Yg mana satukah yg betul? | Angamah tergamam setelah mendapat berita kematian ayahnya. | Tatabahasa | 14.05.2008 |
Salam, "Kalau di Twitter, ada orang cakap, pembalakan tu atas tujuan komersial (aktiviti yang sah). Penebangan pula adalah secara tidak sah. Aktivitinya sama." Boleh tolong terangkan? Saya terkedu ni. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pembalakan ialah usaha atau kerja-kerja membalak manakala penebangan pula bermaksud perbuatan atau hal menebang (pokok dan lain-lain) | Makna | 20.08.2021 |