Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1 terjaga drpd tidur; terbangun; tersedar: Ia ~ drpd tidurnya. 2 tersentak (kerana melihat sesuatu yg mengerikan dsb); terperanjat: Dia ~ mendengar lolong Leong Ah Meng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejut
Kata Terbitan : mengejut, mengejut-ngejut, mengejuti, mengejutkan, terkejut, kekejutan,

Peribahasa

Kucing melompat,
     orang terkejut daripada tidurnya,
ayam berkokok hari pun siang.

Bermaksud :

Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata Penguat 1. (a) David "amat" keberatan untuk meminjam basikalnya kepada Ali. (b) David keberatan "amat" untuk meminjam basikalnya kepada Ali. 2. (a) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . (b) Ahmad terkejut "sangat" apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . Apakah jawapan yang betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih.Yang betul dan persis ialah David amat keberatan  untuk meminjamkan basikalnya kepada Ali dan Ahmad sangat terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian  yang dahsyat itu.Tatabahasa27.07.2010
Kata Penguat 1. (a) David "amat" keberatan untuk meminjam basikalnya kepada Ali. (b) David keberatan "amat" untuk meminjam basikalnya kepada Ali. 2. (a) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . (b) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . Apakah jawapan yang betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih.Yang betul ialah David amat keberatan untuk meminjamkan basikalnya kepada Ali dan Ahmad sangat terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu.Tatabahasa27.07.2010
Dia berketuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar berketuk di dinding. Guru saya kata ayat ini betul. saya musykil kerana berketuk dalam kamus merujuk bunyi ayam sahaja. Mohon penjelasan pihak tuan. terima kasih.Ayat yang betul ialah Dia mengetuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar ketukan di dinding.Tatabahasa30.07.2009
"Inspektor Gajah terkejut dengan/akan apa yang didengarinya." Yang manakah kata sendi yang betul untuk ayat di atas? Selain itu, adakah "apa" boleh digunakan dalam konteks ayat di atas? Bagaimana pula dengan "siapa" dalam ayat berikut: "Saya tidak tahu siapa mencuri dompet saya." Terima kasih.

Ayat yang betul "Inspektor Gajah terkejut dengan berita yang didengarinya." - apa adalah untuk ayat tanya

"Saya tidak tahu siapakah yang mencuri dompet saya."

Tatabahasa16.06.2011
(Oh , Eh) tidak sangka Sandra mahu menyertai pertandingan silat itu! Maaf saya ingin bertanya tentang jawapan tersebut adakah eh jawapan yang tepat?Untuk makluman puan, eh ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll) , manakala oh pula ialah kata seru  untuk menyatakan terkejut (hairan, ke­cewa, menjadi yakin, dll).

Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang hampir sama.

Puan boleh merujuk laman web http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
Lain-lain21.05.2020
Apakah maksud gamam?Gamam bermaksud tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut dan lain-lain.Makna24.06.2009
Salam, saya ingin bertanya tentang: 1/ Binaan ayat dengan perkataan tercampak. Ayatnya berbunyi: Kakak tercampak pen itu kerana terkejut. Adakah ayat ini betul? 2/ Makna perkataan tinggi dalam ayat ini bolehkah diterima jika pelajar menggunakan perkataan kuat. Ayat: Stamina yang tinggi dengan stamina yang kuat, adakah membawa maksud yang sama? Terima kasih

Engku Nor Azura,

Untuk makluman puan, ayat no. 1 adalah betul. Manakala ayat no. 2, yang berkaitan dengan keupayaan  atau daya tahan seseorang. Dalam konteks ayat puan, penggunaan kata yang betul dari segi tatabahasa ialah stamina yang kuat bukannya stamina yang tinggi. Hal ini demikian, kerana kata kuat menggambarkan kekuatan tenaga seseorang, manakala kata tinggi menggambarkan keadaan saiz seseorang sama ada tinggi atau rendah.

 

Tatabahasa21.05.2009
Saudara, Adakah ayat-ayat yang berikut gramatis? Kalau tidak, apakah kesalahannya? 1. Adalah menjadi kesalahan sekiranya menjual rokok kepada kanak-kanak. 2. Mak Temah terkejut dan pengsan apabila terdengar bunyi letupan. 3. Razak membawa hatinya ikut suka ke mana sahaja. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN

Encik Lim terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Ayat ini (1) adalah ayat kenyataan/pemakluman jadi ayat tersebut betul walaupun ayat ini menggunakan perkataan adalah pada permulaan ayat. Ayat kedua perkataan dan seharusnya diganti dengan perkataan lalu. Manakala ayat ketiga sepatutnya ditulis. Razak membawa diri mengikut kata hatinya.

Terima kasih.

Tatabahasa17.01.2010
Ingin mengetahui sama ada wujud atau tidak perkataan 'wow' dengan 'fuyoo' dalam penggunaan bahasa melayu.wujud perkataan wau iaitu suara untuk melahirkan rasa kagum, terkejut, atau seronok.Tatabahasa26.11.2007
Salam sejahtera, izinkan saya untuk luahkan lagi pandangan dan cadangan saya tentang bahasa Melayu. Saya pernah menonton saluran televisyen Thailand dan pernah menonton siaran beritanya. Saya sangat terkejut kerana siaran beritanya masih lagi menggunakan tulisan Jawi disamping tulisan Thai. Kita sudah tahu dan kenal dengan masyarakat Thai yang sangat mencintai bahasa mereka dan dasar kerajaan mereka yang mengamalkan satu bahasa yakni bahasa Thai sebagai bahasa kebangsaan mereka tetapi mereka masih juga menyiarkan tulisan Jawi di saluran televisyen mereka kerana mereka juga cinta kepada bahasa serumpun iaitu bahasa Melayu dan mahu bersatu padu dengan bangsa Melayu kerana mereka pernah menjajah Tanah Melayu di Selatan Thai yang dulunya dikenali sebagai Patani. Saya sebenarnya rasa sangat kagum dengan kerajaannya yang berpandangan jauh dalam mencapai semangat perpaduan di kalangan warganegaranya. Selain memberikan kemudahan prasarana kepada penduduk Melayu, kerajaan Thai juga menyiarkan saluran berita berbahasa Melayu loghat Patani atau Kelantan setiap Jumaat biasanya serta menyiarkan tulisan Jawi dalam saluran beritanya tapi soalnya, kenapa tulisan Jawi tidak disiarkan di saluran televisyen Malaysia? kenapa surat khabar juga sudah tidak menggunakan tulisan Jawi? Sekarang saya rasa tersangat sedih dengan bahasa dan tulisan kita. Bagi saya tulisan adalah budaya bangsa. Kalau tulisan kita boleh lenyap. Jadi, tak mustahil bahasa dan budaya kita juga pun boleh lenyap.Terima kasih atas makluman yang disampaikan. Agak sedih kerana akhbar tulisan Jawi di negara kita juga tidak lagi diterbitkan. Walau bagaimanapun, berita yang menggembirakan kita ialah pelaksanaan tulisan Jawi dalam paparan awam di beberapa wilayah pihak berkuasa tempatan, seperti yang telah diketahui umum iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu, juga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Perbandaran kemaman.Lain-lain17.11.2015
1234

Kembali ke atas