http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=eligible&d=139128LIHATSINI 4. (sl) murder in cold blood, menghapuskan: their leader must be ~d at all costs, tdk boleh tdk, ketua mereka mesti dihapuskan; 5. exclude from contest, terkeluar: he was ~d from the Wimbledon Championships in the first round, dia terkeluar dr Kejohanan Wimbledon dlm pusingan pertama. Perkataan "eligibled" dalam bahasa Inggeris tak wujud. Dan tafsiran di atas juga salah sama sekali. Ia bukan "eligibled" tapi "eliminated". Ada banyak kesilapan dalam website PRPM. | Terima atas keprihatinan pihak tuan/puan terhadap sistem PRPM kami, buat masa kini, pihak kami sedang menambah baik sistem PRPM kami dengan menyemak semula data lama yang terdapat dalam sisitem ini. | Lain-lain | 02.07.2020 |
Salam Tuan. Mohon panduan istilah yang betul bagi menggantikan istilah "catchment area" bagi konteks berikut: Cabaran dalam perancangan pembangunan sekolah-sekolah yang terkeluar dari "catchment area"... Terima kasih. | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "catchment area' ialah kawasan tumpuan. | Istilah | 21.03.2013 |
Perbezaan penggunaan kekecualian dan pengecualian. | Menurut data kami, maksud kekecualian ialah sesuatu yang menyimpang (berlainan, terasing) daripada yang umum dan lain-lain, sesuatu yang dibebaskan (terkeluar, terasing) daripada sesuatu peraturan (ketentuan dan sebagainya) manakala pengecualian bermaksud 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dari kebiasaan (sesuatu peraturan dan lain-lain); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kepada atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dan sebagainya): satu persidangan negara-negara untuk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. | Makna | 26.12.2017 |
mcm mana maksud ayat ini..di sudut luar rumah terdapat bebberapa buah pasu bunga yang tidak bersusun dan terbiar di bawah pangkal pokok.sebuah daripada pasu itu tergolek dan pecah.tanah dan pokok bunga terkeluar daripada pasu tersebut.kelihatan juga sebahagian roda basikal terletak berhampiran | Dalam bentuk biasa ayat ini menceritakan keadaan pasu bunga yang tidak tersusun dan terbiar yang terletak di bahagian luar rumah. Walau bagaimanapun dalam bentuk kreatif ayat ini mungkin mengandungi makna yang tersirat disebaliknya. Hal ini perlu diperhalusi dengan lebih mendalam lagi. | Lain-lain | 19.11.2008 |
Bolehkah beiritahu saya perbezaan terhantuk,terhempas,terlanggar dan tertendang terima kasih | Menurut Kamus Dewan Perdana, terhantuk bermaksud kena pada sesuatu dengan agak kuat tanpa sengaja. Terhempas ialah jatuh dengan pantas dan kuat. Terlanggar ialah melanggar sesuatu atau seseorang dengan tidak sengaja. Manakala tertendang pula ialah terusir, terkeluar dan sebagainya daripada persatuan, jawatan dan lain-lain. | Makna | 16.10.2021 |
Berkenaan dengan liputan berita BBK 2011: Galak Penerbitan Buku Ilmiah Dalam Bahasa Melayu (http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Galak_Penerbitan_Buku_Ilmiah_Dalam_Bahasa_Melayu.html), Berikut adalah soalan dan pendapat yang diposkan di laman Facebook DBP: "Soalan & pendapat: Adakah DBP akan menyemak semula dan mempiawaikan istilah sains, teknologi dan kejuruteraan untuk tujuan ini? Saya rasa penyemakan semula adalah perlu kerana banyak istilah adalah hasil dari terjemahan harfiah dari bahasa Inggeris ('kayu ria' adalah contoh paling popular) dan langsung terkeluar dari konteks maksud sebenar. Istilah yang selari dengan konteksnya akan dapat menyumbang kepada penyampaian yang lebih berkesan dalam penulisan akademik." | Pihak kami sememangnya menyedari keperluan kepada pemiawaian dan penyelarasan istilah-istilah yang sedia ada. Sehubungan dengan itu, usaha ini sedang giat dilakukan secara berperingkat mengikut perancangan yang telah disusun di dalam Perancangan Strategik Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera bagi tahun 2011 hingga 2015. Pada akhir tahun 2015, dianggarkan sebanyak 500,000 istilah akan diselaraskan dan dipiawaikan. Untuk makluman saudara (merujuk contoh yang saudara berikan), istilah bahasa Inggeris bagi perkataan 'joystick' mempunyai dua padanan istilah bahasa Melayu yang telah digubal dan ditentusahkan berdasarkan piawai penggubalan istilah DBP oleh pakar-pakar bidang yang dilantik. Kedua-dua padanan tersebut ialah: 1. Kayu ria - telah disah terima dan digunakan dalam Glosari Kejuruteraan (1994 & 2005), dan Kamus Komputer (1995).2. Kayu bedik - telah disah terima dan digunakan dalam Glosari Teknologi Maklumat Jilid 1 (2000) dan Kamus Sains dan Teknologi (2008). | Istilah | 18.10.2011 |
“beratus-ratus” bersifat tidak tentu kerana ia bermaksud beberapa ratus menurut kamus Dewan dan tidak mempunyai nilai yang spesifik seperti tiga ratus. Persoalannya,kenapa “beratus-ratus” dikategorikan sebagai kata bilangan himpunan dalam buku Tatabahasa Dewan dan bukan dikategorikan sebagai kata bilangan tak tentu?Apakah ciri yang membezakan kata bilangan himpunan dan kata bilangan tak tentu? | Kata bilangan himpunan merujuk kumpulan benda dan lazimnya dalam bentuk kata ganda. Pada asalnya kata bilangan ini merupakan kata bilangan tentu seperti 100 orang dan 1000 guni beras tetapi telah mengalami penggandaan mengakibatkan ia terkeluar daripada kategori kata bilangan tentu. Walau bagaimanapun perkataan tersebut tidak boleh dikategorikan kata bilangan tak tentu kerana tidak setara dengan perkataan yang lain seperti semua, para dan banyak. | Tatabahasa | 11.08.2020 |
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan pantun. 1) Apakah kriteria yang dinilai dalam pertandingan pantun kebangsaan? 2) Sekiranya tema yang diberikan ialah adat dan budaya masyarakat, sejauh manakah tema itu harus diolah/dikupas? adakah ianya secara umum atau seharusnya spesifik kepada aspek-aspek tertentu, misalnya adat perkahwinan, budaya membaca dan sebagainya? | Untuk makluman saudara, mereka yang menyertai pertandingan pantun sama ada peringkat kebangsaan atau IPTA, pantun yang dijual/beli akan dinilai berdasarkan isi, bahasa dan persembahan. Dari segi isi, penekanan kepada: 1. Ketepatan soalan/jawapan: jelas dan sesuai dengan tema 2. Pantun yang dijual mempunyai soalan 3. Jualan/belian pantun yang terkeluar daripada tema yang ditetapkan atau pantun yang berupa pelarian tidak mendapat markah. Dari segi bahasa pula, seorang pemantun hendaklah bijaksana memilih , 1. Pola rima dan suku kata 2. Terdapat kesinambungan/hubungan antara baris 1 dan 2( Keindahan unsur alam, kerenah manusia dan unsur sejarah) 3. Kemunasabahan pembayang maksud 3. Pemilihan kata( Keindahan alam, kerenah manusia dan unsur sejarah) 4. Sebutan yang jelas Dari segi persembahan pula, penyampaian seorang pemantun akan dinilai melalui, 1. Gaya persembahan seimbang dengan pantun 2. Intonansi( nada pemisah antara pembayang dan maksud) 3. Jeda( nada/hentian sebentar pada dua patah perkataan awal setiap baris) 4. Kelancaran( tanpa kegagapan dan pengulangan) Untuk makluman saudara juga , setiap rangkap pantun yang dijual atau dibeli hendaklah menepati tema yang telah ditetapkan dan kalau boleh biarlah spesifik. | Lain-lain | 18.11.2010 |