Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan pantun. 1) Apakah kriteria yang dinilai dalam pertandingan pantun kebangsaan? 2) Sekiranya tema yang diberikan ialah adat dan budaya masyarakat, sejauh manakah tema itu harus diolah/dikupas? adakah ianya secara umum atau seharusnya spesifik kepada aspek-aspek tertentu, misalnya adat perkahwinan, budaya membaca dan sebagainya?

Untuk makluman saudara, mereka yang menyertai pertandingan pantun sama ada peringkat kebangsaan atau IPTA, pantun yang dijual/beli  akan dinilai berdasarkan isi, bahasa dan persembahan. Dari segi isi, penekanan kepada:

1.  Ketepatan soalan/jawapan: jelas dan sesuai dengan tema

2. Pantun yang dijual mempunyai soalan

3. Jualan/belian pantun yang terkeluar daripada tema yang ditetapkan atau pantun yang berupa pelarian  tidak mendapat markah.

Dari segi bahasa pula, seorang pemantun hendaklah bijaksana memilih ,

1. Pola rima dan suku kata

2. Terdapat kesinambungan/hubungan antara baris 1 dan 2( Keindahan unsur alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

3. Kemunasabahan pembayang maksud

3. Pemilihan kata( Keindahan alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

4. Sebutan yang jelas 

Dari segi persembahan pula, penyampaian seorang pemantun akan dinilai melalui,

1. Gaya persembahan seimbang dengan pantun

2. Intonansi( nada pemisah antara pembayang dan maksud)

3. Jeda( nada/hentian sebentar pada dua patah perkataan awal setiap baris)

4. Kelancaran( tanpa kegagapan dan pengulangan)

  Untuk makluman saudara juga , setiap rangkap pantun yang dijual atau dibeli hendaklah menepati tema yang telah ditetapkan dan kalau boleh biarlah spesifik.

Lain-lain18.11.2010
Berkenaan dengan liputan berita BBK 2011: Galak Penerbitan Buku Ilmiah Dalam Bahasa Melayu (http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Galak_Penerbitan_Buku_Ilmiah_Dalam_Bahasa_Melayu.html), Berikut adalah soalan dan pendapat yang diposkan di laman Facebook DBP: "Soalan & pendapat: Adakah DBP akan menyemak semula dan mempiawaikan istilah sains, teknologi dan kejuruteraan untuk tujuan ini? Saya rasa penyemakan semula adalah perlu kerana banyak istilah adalah hasil dari terjemahan harfiah dari bahasa Inggeris ('kayu ria' adalah contoh paling popular) dan langsung terkeluar dari konteks maksud sebenar. Istilah yang selari dengan konteksnya akan dapat menyumbang kepada penyampaian yang lebih berkesan dalam penulisan akademik."Pihak kami sememangnya menyedari keperluan kepada pemiawaian dan penyelarasan istilah-istilah yang sedia ada. Sehubungan dengan itu, usaha ini sedang giat dilakukan secara berperingkat mengikut perancangan yang telah disusun di dalam Perancangan Strategik Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera bagi tahun 2011 hingga 2015. Pada akhir tahun 2015, dianggarkan sebanyak 500,000 istilah akan diselaraskan dan dipiawaikan. Untuk makluman saudara (merujuk contoh yang saudara berikan), istilah bahasa Inggeris bagi perkataan 'joystick' mempunyai dua padanan istilah bahasa Melayu yang telah digubal dan ditentusahkan berdasarkan piawai penggubalan istilah DBP oleh pakar-pakar bidang yang dilantik. Kedua-dua padanan tersebut ialah:  1. Kayu ria - telah disah terima dan digunakan dalam Glosari Kejuruteraan (1994 & 2005), dan Kamus Komputer (1995).2. Kayu bedik - telah disah terima dan digunakan dalam Glosari Teknologi Maklumat Jilid 1 (2000) dan Kamus Sains dan Teknologi (2008). Istilah18.10.2011

Kembali ke atas