Assalamualaikum. Saya ada dua pertanyaan: 1. Adakah penggunaan "menziarah" dalam ayat, "Kita akan menziarah ke masjid-masjid terkemuka" betul? Yang manakah lebih sesuai, "menziarah" atau "berziarah"? 2. Penggunaan elipsis dalam belon dialog komik (comic bubble) adakah sama seperti penggunaan elipsis dalam penulisan, selepas elipsis ... dimulakan dengan huruf kecil (utk ayat yang terhenti, henti). Terima kasih. | 1. Ayat yang sesuai ialah “ Kita akan berziarah ke masjid-masjid terkemuka”. 2. Penggunaan elipsis dalam dialog komik sama seperti penggunaan elipsis dalam penulisan.
| Tatabahasa | 26.05.2025 |
Signature Projek | Projek Terkemuka | Lain-lain | 20.05.2009 |
VISI Rangkaian Kedai Barangan Elektrik & Digital Terkemuka Di Malaysia. Menawarkan Penyelesaian Sehenti Yang Efisien. Menyumbang Kepada Gaya Hidup Berkualiti. MISI 1. Kami adalah rangkaian kedai barangan elektrik dan digital. Kami juga pembekal kepada jabatan kerajaan dan swasta 2. Kami menawarkan penyelesaian sehenti untuk barangan elektrik dan digital yang memenuhi keperluan berbeza pengguna. Kami mempunyai pusat servis sendiri berpengalaman lebih 30 tahun. 3. Kami menyediakan pusat jualan yang selesa dan menarik bersama kakitangan yang profesional dan mesra pelanggan. Melaksanakan proses jualan dan perkhidmatan dengan cekap dan sistematik. Menjanjikan pengalaman manis kepada setiap pelanggan. 4. Kami komited menjadikan entiti bisnes ini juga sebagai pusat pembangunan modal insan dan dakwah yang islami. Menyumbang kepada kemajuan ekosistem Ummah. | Soalan tuan tidak difahami. Adakah pihak tuan ingin mendapatkan pengesahan bahasa bagi iklan perniagaan? Jika ya, sila mohon melalui laman web dbpsahbahasa.my, daftar akaun pelanggan, masukkan maklumat iklan dan buat pembayaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh merujuk panduan pendaftaran pengguna pada laman web seperti yang dinyatakan di atas. | Lain-lain | 09.02.2022 |
VISI Rangkaian Kedai Barangan Elektrik & Digital Terkemuka Di Malaysia. Menawarkan Penyelesaian Sehenti Yang Mengagumkan. Menyumbang Kepada Gaya Hidup Berkualiti. MISI 1. Kami adalah rangkaian kedai barangan elektrik dan digital. Kami juga pembekal kepada jabatan kerajaan dan swasta 2. Kami menawarkan penyelesaian sehenti untuk barangan elektrik dan digital yang memenuhi keperluan berbeza pengguna. Kami mempunyai pusat servis sendiri berpengalaman lebih 30 tahun. 3. Kami menyediakan pusat jualan yang selesa dan menarik bersama kakitangan yang profesional dan mesra pelanggan. Melaksanakan proses jualan dan perkhidmatan dengan cekap dan sistematik. Menjanjikan pengalaman manis kepada setiap pelanggan. 4. Kami komited menjadikan entiti bisnes ini juga sebagai pusat pembangunan modal insan dan dakwah yang islami. Menyumbang kepada kemajuan ekosistem Ummah. | Soalan tuan tidak difahami. Adakah pihak tuan ingin mendapatkan pengesahan bahasa bagi iklan perniagaan? Jika ya, sila mohon melalui laman web dbpsahbahasa.my, daftar akaun pelanggan, masukkan maklumat iklan dan buat pembayaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh merujuk panduan pendaftaran pengguna pada laman web seperti yang dinyatakan di atas. | Lain-lain | 09.02.2022 |
yang manakah betul? Aristotle atau Aristoteles | Ahli falsafah Greek yang terkemuka ialah Aristotle. | Lain-lain | 07.05.2015 |
assalamualaikum tuan.saya ingin bertanya apakah konsep bahasa mesra menurut tokoh-tokoh terkemuka kerana saya memerlukan konsep bahasa mesra tersebut untuk menyiapkan kerja kursus bahasa melayu saya.terima kasih. | Pusat Dokumentasi Melayu,DBP memainkan peranan sebagai sebuah pusat maklumat atau perpustakaan yang menawarkan perbahanan dalam bidang bahasa,sastera dan budaya. Jika saudara berminat untuk mendapat bahan secara pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu,DBP saudara boleh mendaftar diri sebagai ahli RAKAN DEWAN. Yuran dikenakan sebanyak RM20 untuk keahlian setahun, RM30 yuran keahlian untuk 2 tahun dan RM35 yuran kehalian untuk 3 tahun. Dengan keahlian tersebut, saudara boleh meminjam buku dan menggunakan kemudahan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila datang ke Tingkat 3,Blok Podium, Menara DBP. | Lain-lain | 07.07.2017 |
Puteri raja itu akan menghadiri majlis makan malam diraja yang diadakan di sebuah hotal terkemuka. soalan saya ialah kenapa kesalahan bahasa adalah makan malam. jika benar kesalahan bahasa adalah makan malam, apakah parkataan yang paling sesuai digunakan di sini? bolehkan perkataan makan malam diganti dengan makan kawah? | Bahasa diraja untuk makan ialah santap. Oleh yang demikian perkataan yang sesuai digunakan ialah majlis santapan malam. Perkataan makan kawah tidak boleh digunakan kerana perkataan ini bukan bahasa diraja. | Tatabahasa | 29.05.2008 |
CELCOM ATAU XPAX | X-PAX merupakan nama produk manakala Celcom ialah nama sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia. Boleh pilih salah satu logo tersebut untuk digunakan dalam visual iklan. | Lain-lain | 20.01.2018 |
Salam. Saya merupakan salah seorang pelajar universiti dan saya ingin memohon untuk sumbangan dan tajaan bersama untuk program terkemuka di universiti saya. Organisasi juga berminat untuk berkolaborasi berikutan dengan program yang dianjurkan ini berteraskan bahasa melayu. Bolehkah untuk saya mendapatkan emel dan nombor yang boleh dihubungi untuk permohonan sumbangan dan tajaan ini. | Untuk bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, sila e-melkan permohonan kerjasama kepada Ketua Pengarah DBP melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.01.2025 |
Boleh kah saya menggunakan perkataan Omega dalam pilihan nama untuk pusat tuisyen? | Saudara, Makna perkataan omega ialah huruf ke-24 (terakhir) dlm abjad Yunani. Dalam konteks lain, perkataan omega merupakan jenama terkemuka bagi jam. Dalam konteks penamaan terutamanya penamaan pusat tuisyen, biasanya nama-nama yang menunjukkan kebijaksanaan, keilmuan atau berbentuk akademik sesuai digunakan. Dalam hal ini jika puast tuisyen tersebut disamakan dengan taraf terkemuka maka perkataan omega bolehlah digunakan. | Makna | 05.08.2010 |