Yang mana betul: a) Dia terkenal dengan jolokan "Anak Orang Kaya Damansara." b) Dia terkenal dengan jolokan 'Anak Orang Kaya Damansara.' c) Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara." d) Dia terkenal dengan jolokan 'anak orang kaya Damansara.' | Ayat yang betul ialah: Dia terkenal dengan jolokan "anak orang kaya Damansara". | Ejaan | 31.10.2011 |
Soalan:manakah satukah jawapan yang paling tepat untuk ayat sama maksud di bawah; Pulau Pangkor sangat terkenal dengan keadaan pantainya yang cantik dan bersih a) Sangat terkenal Pulau Pangkor dengan keindahan pantainya yang cantik dan bersih. b)Keadaan pantai Pulau Pangkor yang cantik dan bersih menjadikannya terkenal. | Ayat yang sama maksudnya ialah "Keadaan pantai Pulau Pangkor yang cantik dan bersih menjadikannya terkenal". | Tatabahasa | 27.01.2015 |
1. dia yang menyebabkan kami berpecah-belah? adakah ayat ini betul? jika tidak apakah pembetulannya? 2. seniwati yang terkenal sekali di dunia ialah ... adakah terkenal sekali betul digunakan ? terima kasih | 1. Dia yang menyebabkan kami berpecah-belah. - ayat ini betul 2. seniwati yang terkenal sekali di dunia ialah ... - frasa terkenal sekali adalah betul. | Tatabahasa | 01.06.2010 |
Penulis yang terkenal itu tidak pernah kering idea untuk menghasilkan karyanya. Adakah penggunaan perkataan 'kering' betul ? | Penggunaan perkataan kering dalam ayat boleh digunakan. Namun, perkataan yang lebih tepat digunakan ialah ketandusan idea. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
Penggunaan "terkenal sekali" betul atau tidak ? | Ungkapan "terkenal sekali" adalah betul. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
1. Dimana boleh saya dapat bahan rujukan dalam bahasa melayu mengenai (senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan beliau terhadap Al Quran). 2. Senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan beliau terhadap Al Quran | untuk mendapatkan bahan rujukan mengenai senarai nama Qari Mesir yang terkenal dan sumbangan mereka terhadap Al- Quran, tuan boleh berhubung terus dengan pihak JAKIM atau Darul Quran kerana pihak kami tidak Ada menyimpan bahan atau data tersebut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 03.03.2008 |
Dia pengganas terbilang. Betulkah penggunaan perkataan terbilang bagi ayat di atas? | Menurut data kami, perkataan terbilang tidak sesuai untuk digunakan dalam ayat tersebut. Cadangan kami, gantikan perkataan terbilang dengan perkataan terkenal. Dia pengganas terkenal. | Lain-lain | 18.05.2016 |
salam. Laksamana Hang Tuah terkenal dengan (kecekapannya / ketangkasannya) bermain senjata. Jawapannya: kecekapannya atau ketangkasannya. Terima kasih | Laksamana Hang Tuah memang terkenal dengan kecekapan bermain senjata. Mengikut Kamus Dewan, kecekapan ialah kebolehan melakukan sesuatu (seperti kerja) dengan cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu). | Makna | 07.12.2014 |
Selamat petang, 1. Adakah frasa " paling terkenal" betul? 2. Adakah kata penguat 'nian' boleh berdamping dengan semua kata adjektif?? Sekian, terima kasih. | Frasa paling terkenal betul. | Tatabahasa | 13.05.2010 |
Selamat sejahtera, 1. Bolehkah penjodoh bilangan "pucuk" digunakan untuk senapang? 2. Adakah frasa "paling terkenal" betul? 3. Bolehkah frasa "teramat pandai" digunakan? Terima kasih! =) | 1. Penjodoh bilangan untuk senapang ialah laras, selaras senapang. 2. Frasa paling terkenal betul, paling + kata adjektif (terkenal). 3. Frasa teramat pandai boleh digunakan, ter + amat + kata adjektif (pandai). Untuk maklumat lanjut soalan no. 2 dan 3, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 245. | Tatabahasa | 06.09.2011 |