Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan terunggul, terbilang, unggul

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud  terbilang ialah 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyak nya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang; manakala perkataaan unggul bermaksud melebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa, terutama: dia seorang ahli olahraga yg ~; ahli sains yg ~;. Oleh itu, perkataan terunggul tidak perlu digunakan. 

Makna02.06.2009
1. Adakah penggunaan frasa berikut betul atau tidak? Jika betul tolong sertakan contoh ayat. 1. Lembaran minda 2. Ufuk pemikiran 2. Yang mana satukah yang betul 'terutama' atau 'terutamanya'. Mohon penjelasan dan contoh ayat.

1. Penggunaan frasa “lembaran minda” dan “ufuk pemikiran” boleh diguna pakai dalam ayat dan digunakan berdasarkan konteks dan kesesuaian dalam ayat tersebut. Contoh ayat ialah “Ufuk pemikiran" Pendeta Za'ba tentang bahasa sangat mendalam maknanya. dan Koleksi "lembaran minda" tokoh terkenal itu telah dibukukan.

 

2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud perkataan “terutama” dan “terutamanya” tidak banyak perbezaannya. Kedua-duanya membawa maksud yang terpenting atau yang mustahak sekali. Fungsi kata "nya" dalam perkataan "terutamanya" bermaksud untuk menegaskan atau menguatkan sesuatu maksud itu. Contoh ayat, Lapisan sel pipih yang melapisi permukaan dalam pelbagai organ tubuh, “terutamanya” pembuluh darah, pembuluh limfa dan jantung. Ayat kedua, Hamzah menulis karangan-karangannya “terutama” untuk orang yang tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi.
Tatabahasa20.08.2022
Adakah Inderaloka, Suralaya, dan Syurga membawa maksud yang sama?Tidak sama. Makna bagi inderaloka, suralaya dan syurga adalah seperti yang berikut:

inderaloka bahasa klasik kata nama tempat tingĀ­gal Bentara Indera.

suralaya bahasa klasik kata nama suraloka

suraloka bahasa klasik kata nama tempat kediaman dewa-dewa atau kayangan.
Contoh penggunaan: Bunyi busur patah itu menggegarkan seluruh suraloka.

syurga kata nama
1 tempat di alam akhirat yang penuh dengan nikmat yang dijadikan oleh Allah sebagai tempat pembalasan baik kepada orang yang mentaati suruhan-Nya.
Contoh penggunaan: Rasulullah bersabda, “Tidak akan masuk syurga orang-orang yang memutuskan silaturahim.”

2
bahasa kiasan
tempat di dunia yang penuh dengan segala kenikmatan, kesenangan, kebahagiaan dan sebagainya.
Contoh penggunaan: Malaysia terkenal sebagai syurga makanan. 

Sila rujuk kamus terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk maklumat berkaitan kata dan makna dalam bahasa Melayu.
Makna21.09.2023

Kembali ke atas