Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.nang] | ترکنڠ

Definisi : ; ~ akan = ~ kpd = terkenang­kan teringat akan (seseorang atau sesuatu) spt dlm keadaan sedang mengelamun, terbayangkan serta terfikirkan: kemudian dia terkenangkan malam indah yg dikecapi bersama-sama Iskandar di tepi pantai yg tenang; ia ~ kpd ayah dan ibunya yg telah meninggal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.nang] | ترکنڠ

Definisi : teringat: Ia ~ akan anak-anak dan isterinya di kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenang (kata kerja)
Bersinonim dengan ingat, fikir, rindu;,
Kata Terbitan : mengenang, mengenangkan, terkenang, terkenang-kenang, kenangan, kenang-kenangan,

Puisi
 

Bukan benar bangsa Yahudi,
     Dia benar kafir melaun;
Jika terkenang sebarang budi,
     Tidak kukenang seribu tahun.


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Hancur badan dikandung tanah,
     budi baik terkenang juga.

Bermaksud :

Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapakah ayat di bawah salah?: Buku yang tebal itu terbaca oleh Encik Hamri beberapa hari sahaja namun dia perlu merlakukan banyak kerja rumah. [SILA BERI PENJELASAN] DAN Antara ayat yang berikut yang manakah paling tepat dan sesuai? Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat. ATAU Pemuda itu terkial-kial ke tempat kerja kerana sudah lewat. Salmah sering terkenang akan peristiwa pahit itu. ATAU Salmah sering terkenang pada peristiwa pahit itu. ATAU Salmah sering terkenang dengan peristiwa pahit itu. Pihak polis sedang mengadakan intipan dengan binokular untuk mendapatkan kepastian. ATAU Pihak polis sedang mengadakan risikan dengan binokular untuk mendapatkan kepastian. [SILA BERI JAWAPAN SECEPAT YANG MUNGKIN] Terima Kasih.

 Sdr. Limsuwei ,

Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat. ATAU Pemuda itu terkial-kial ke tempat kerja kerana sudah lewat.ayat yang paling sesuai ialah Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat.

Salmah sering terkenang akan peristiwa pahit itu ialah ayat yang betul

Pihak polis sedang mengadakan intipan dengan binokular untuk mendapatkan kepastian ialah ayat yang betul

Buku yang tebal itu terbaca oleh Encik Hamri beberapa hari sahaja namun dia perlu merlakukan banyak kerja rumah ialah yang betul kerana terbaca menunjukkan keupayaannya membaca.

Tatabahasa06.10.2007
apakah beza melintas dengan melintasi?
 perbezaannya dapat dilihat melalui definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Empat seperti berikut;

melintas = 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun;

melintasi = 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. meng­hindarkan (kesulitan dll), mengatasi;

Tatabahasa20.10.2012

Kembali ke atas