| Soalan saya ialah, 'Tangan datuk _____________ akibat daripada menghidap penyakit Parkinson.' Apakah kata ganda yang sesuai untuk jawapan di atas? Adakah terketar-ketar atau tergigil-gigil. Terima kasih. | Kedua-dua jawapan yang diberikan mempunyai maksud hampir sama tetapi dalam ayat di atas jawapan yang sesuai ialah terketar-ketar. | Lain-lain | 02.09.2015 |
| Tolong / Minta kakak ke kaunter untuk mengambil barang yang tertinggal. Tolong atau Minta, mana satu jawapan yang betul? | Tolong - Digunakan untuk menyatakan permintaan, arahan, harapan dan sebagainya secara lembut. Contohnya, “Tolong jangan bunuh aku!” katanya terketar-ketar. Minta - Digunakan untuk memohon seseorang berbuat sesuatu. Contohnya, “Minta tuan-tuan bersabar sebentar.” Ayat tersebut sesuai menggunakan kata perintah “tolong”: “Kakak, tolong pergi ke kaunter untuk mengambil barang yang tertinggal.” Penggunaan kata perintah “tolong” dan “minta” perlu disesuaikan mengikut konteks tertentu dalam ayat. Untuk makluman lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1467 dan 2393. | Tatabahasa | 15.10.2025 |
| 1. Adik ______ kesejukan selepas mandi agak lama di dalam kolam renang. A. menggigil B. menggeletar Apakah perbezaan antara menggigil dengan menggeletar? | Buku Kamus Pelajar memberikan makna perkataan menggigil sebagai bergoncang badannya kerana kesejukan, ketakutan; menggeletar: Contoh ayat : Malam itu dia menggigil kesejukan; manakala perkataan menggeletar diberikan maksud bergerak-gerak anggota badannya kerana kesejukan atau ketakutan; terketar-ketar; mengigil. Contoh ayat: Apabila mendengar kata-kata pegawai polis itu, maka penyeludup itu pun terperanjat, menggeletar badannya kerana takut. | Makna | 23.06.2014 |