Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ki.ni] | ترکيني

Definisi : yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kini (adverba)
Bersinonim dengan sekarang ini, waktu ini, dewasa ini, mutakhir;,
Kata Terbitan : terkini,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah isu bahasa melayu yang terkini?Isu terkini ialah isu bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains Matematik, bahasa rojak dan bahasa sms.Lain-lain13.02.2008
Format terkini berkenaan cara penulisan minit mesyuarat yang terkini yang dikeluarkan oleh DBP ? Mohon email jika ada . TKUntuk makluman saudara, format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Format penulisan minit mesyuarat adalah bergantung pada jenis mesyuarat yang diadakan. Format minit bagi setiap mesyuarat masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Saudara boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP untuk maklumat lanjut. Sebagai maklumat tambahan, sila rujuk juga Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993 untuk penjelasan lanjut mengenai Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.Lain-lain10.05.2012
ejaan terkini utk: 1. perlaksanaan 2. trampil 3. fasalitas1. Perlaksanaan = pelaksanaan
2. Trampil = terampil
3. Fasalitas = Kemudahan
Ejaan24.07.2013
Istilah terkini untuk OKU?

Puan Marina,

Istilah bagi  seseorang yang mengalami kekurangan atau keadaan kurang sempurna (lengkap, baik) pada anggota badan, misalnya buta, pekak, kudung dan sebagainya akan dipanggil "Orang Kurang Upaya" atau singkatan OKU.

Istilah28.06.2009
Apakah status terkini mengenai ejaan `baru' dengan `baharu' kerana saya difahamkan situasi sebelum ini `baru' merujuk kepada masa sedangkan `baharu' merujuk sifat sesuatu. Contoh: Dia baru sampai dengan kereta baharunya. Atau apakah `baru' dan `baharu' saling boleh ditukar seperti yang berlaku dulu.Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu.Tatabahasa01.06.2013
PEDOMAN EJAAN TERKINI YANG DIGUNA PAKAI DI DBP?(i) PEDOMAN EJAAN DAN SEBUTAN B. MELAYU, 2002 (ii) PEDOMAN EJAAN DAN SEBUTAN B. MELAYU, 1994Lain-lain27.08.2010
APAKAH EJAAN TERKINI BAGI ISTILAH PERBARISAN. ADAKAH KAWAT ATAUPUN KAWAD? TERIMA KASIHEjaan dan istilah yang betul bagi merujuk perbarisan ialah kawad.Ejaan04.12.2008
berikan format terkini untuk laporan.Tidak ada maklumat terkini tentang laporan dan laporan lebih kepada gaya penerbitan organisasi masing-masing. Sebagai panduan saudara boleh merujuk beberapa buah buku kami cadangkan ini: 

Bahasa laporan Asmah Haji Omar Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1997

Panduan bahasa & Format Penulisan Laporan Maimunah Hj. Omar Biroteks, ITM 1993

 
  Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan & Laporan Samsuddin Wahab Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005
Lain-lain08.01.2012
EJAAN TERKINI BAGI PERKATAAN BERIKUT : 1. WALAUBAGAIMANA PUN 2. KE12 3. KOLESTROL 4. BERTERIMAKASIH

Ejaan terkini bagi perkataan-perkatan berikut:

  1. Walau bagaimanapun
  2. ke-12
  3. Kolesterol
  4. Berterima kasih
Ejaan20.04.2011
saya ingin bertanya. istilah terkini 2010 bagi perkataan sustainable? Adakah Mampan atau lestari? Saya mengandaikan bahawa istilah terkini sustainable adalah lestari. Adakah andaian saya benar? Contohnya penggunaan ayat proses pemberimilikan tanah lestari atau mampan?Padanan perkataan sustainable dalam bahasa Melayu ialah mampan.Istilah19.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas