Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ku.lai] | ترکولاي

Definisi : terkelepai (spt bendera yg tidak berkibar), tergantung terbuai-buai (spt dahan patah), terlentok (kepala, bunga di dahan, dll): kakinya yg patah itu ~; kepalanya yg ~ itu perlahan-lahan diangkatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ku.lai] | ترکولاي

Definisi : tergantung berbuai-buai (spt dahan kayu yg patah tetapi tidak putus); terkelepai (spt bendera yg tidak berkibar). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kulai
Kata Terbitan : terkulai,

Puisi
 

Nanas halwa pisang salai,
     Hidangan kali pertama dara;
Hasrat kecewa cinta terkulai,
     Ingatan mesra tetap ada.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Anggup-anggip bagai rumput di tengah jalan.

Bermaksud :

Hidup yang serba susah. anggup-anggip = terkulai-kulai.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud lentok, lentik, pacak, dan cacak

Lentok: terkulai (ke bawah atau ke sisi), terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dsb)

Lentik: melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk ke atas pd hujungnya (haluan perahu dll);

Pacak: sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, pancang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll);

Cacak: tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat;

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.

Makna17.04.2009

Kembali ke atas