1:20 AM Selamat pagi. Saya terdapat kemusykilan dalam ayat aktif, ayat pasif dan ayat songsang. Sila rujuk file yang saya muat naik. Terima kasih | Selamat pagi, Soalan yang diberikan hampir serupa. Sehubungan dengan itu, hanya satu contoh diberikan untuk rujukan tuan/puan kerana konsepnya sama. Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan. Untuk makluman, Ayat songsang ialah predikat mendahului subjek. Manakala, ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Ibu melahirkan seorang anak kelmarin. Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul] Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak. [Betul] Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul] Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] - Penggunaan perkataan "kena" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] Penggunaan perkataan "terlahir" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 24.10.2015 |