Saya ingin memohon jasa baik tuan/puan untuk mendapatkan pengesahan sama ada ayat "hasrat dikabulkan" hanya sesuai digunakan untuk membawa maksud keagaaman, sebagaimana dalam konteks "doa dikabulkan". Menurut pemahaman saya, dan menurut Kamus Dewan, perkataan "kabul" bererti "tercapai", "terlaksana", "tertunai". Harap mendapat penjelasan dan pengesahan DBP. Terima kasih atas bantuan yang diberikan. | Kata kabul atau frasa hasrat dikabulkan bukan istilah khusus yang hanya digunakan dalam bidang agama. Oleh itu, kata dan frasa tersebut boleh digunakan dalam konteks umum. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Maksud perkataan pemantauan | Pemantauan berasal daripada kata 'pantau'yang bermakna memantau, melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa memantau projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. pemantauan perbuatan atau tindakan memantau: Pemantauan terhadap projek penting itu sentiasa dibuat. pemantau 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan pemantau sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan pemantau degupan jantung. Oleh itu, kata pemantauan bermakna perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. | Makna | 06.10.2010 |
1). Apakah antara cabaran2 dbp dalam memartabatkan bahasa melayu ? 2). Bagaimanakah cara dbp menghadapi masalah seperti isu bahasa rojak yang merosakkan bahasa melayu itu sendiri? 3). Dimana pendirian dalam isu penggunaan bahasa inggeris dalam matematik dan sains? Ini dapat dilihat melalui pelaksanaan konsep ini dalam sistem pendidikan kita. Dimanakah peranan dbp itu sendiri, adakah sudah terlaksana atau tercapai visi dan misinya? 4). Apakah peranan dbp dalam membina tamadun melalui penggunaan bahasa melayu? | Berhubung dengan permasalahan bahasa, saudara disarankan memanfaatkan laporan/rencana yang disiarkan oleh media cetak dan elektronik dan maklumat tambahan boleh didapati di mana-mana perpustaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Berkenaan dengan misi, visi dan peranan DBP, saudara boleh merujuk buku Citra: Dewan Bahasa dan Pustaka (terbitan DBP) yang boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 09.02.2009 |