Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada penggunaan frasa di bawah betul: 1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik
Jawapan:
1. sungguh amat cantik - amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas dan kata penguat tak perlu hadir berturutan dalam satu ayat.
2. Terlalu amat cantik - Frasa ini betul, walau bagaimanapun terlalu cantik atau amat cantik telah memadai.
3. Terlalu cantik sekali - salah ( darjah penghabisan tidak boleh hadir bersama)
Tatabahasa10.04.2015
1)terlalu kerap(ada perkataan ini?) 2)"bersahut-sahutan"hanya untuk bunyi burung saja.atau semua binatang?1)terlalu kerap(ada perkataan ini?)- boleh digunakan dalam bahasa Melayu.
 


2)"bersahut-sahutan"hanya untuk bunyi burung saja.atau semua binatang?
bersahut-sahutan = berbalasan, berjawab-jawaban: bunyi riang-riang rimba ~ dgn bunyi burung hutan;. Boleh digunakan untuk binatang yang lain. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat untuk keterangan lebih lanjut.
Tatabahasa04.10.2012
Adakah penggunaan kata penguat berikut betul: 1. Aduh, terlalu amat sakit perut saya ini! 2. Aduh, benar sungguh sakit perut saya ini!1. Aduh, terlalu sakit perut ini! atau Aduh, amat sakit perut ini.Tatabahasa21.04.2010
Assalamualaikum tuan, Apa yang saya ketahui, kata penguat tidak boleh hadir secara berganding. Apabila saya merujuk Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Terbaharu, kenyataan ini memang tidak dinyatakan tetapi saya ada terbaca dalam sebuah buku rujukan bahawa terdapat enam kata penguat yang boleh berganding iaitu: 1. Terlalu amat 2. Terlalu sangat 3. Sungguh Amat 4. Sungguh Kurang 5. Agak kurang 6. Amat sangat Saya mohon penjelasan tuan. Sekian, terima kasih.

Darjah penguat boleh hadir secara bergandingan dalam satu ayat. Sebaliknya yang tidak boleh hadir serentak ialah darjah penghabisan. Sila lihat contoh frasa/ayat yang diberikan:

1.  Anak perempuannya terlalu amat baik rupanya.

2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu sangat memanjakan anak-anak mereka.

3. Sungguh amat malang nasibku ...

4. Teramat cantik

5. Amat cantik sekali

6. Teramat cantik sekali (bentuk yang salah - darjah penghabisan tidak boleh hadir bersama)

Tatabahasa29.03.2011
Saya ada kemusykilan terhadap penggunaan perkataan "berlebihan". Bagi saya, perkataan ini membawa denotasi negatif. Setujukah saudara? Sila beri pendapat. Terima Kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berlebihan bermaksud terlalu sangat (banyak, lebih, dll). Berlebih-lebihan bermaksud 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya) 2. berlumba-lumba untuk beratas-atasan (atas-mengatasi). Berdasarkan huraian yang diberikan, perkataan yang mempunyai maksud negatif ialah berlebih-lebihan bukan berlebihan.   

Makna17.02.2011
Selamat sejahtera, Saya menghadapi kesukaran utk menentukan perbezaan antara 'sungguh' dan 'sangat' dalam konteks ayat. Ada tak formula untuk menggunakannya?TQ

Sangat bermaksud 1. terlalu, terlampau 2. hebat, kuat, menjadi teruk 3. benar-benar(sungguh-sungguh, sememangnya Contoh: Bilangan murid yang mendapat sijil pertama sangatlah sedikit.

Sungguh bermaksud 1. tidak bohong,tidak lancung, benar,betul 2. amat, sangat, terlalu. Contoh: bising sungguh bunyi kedua-duanya bertengkar.    Penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks. 

  

Tatabahasa30.01.2008
Tuan, Apakah jawapan yang paling sesuai ? 1. Kerana terlalu dingin, kedua-dua belah kakinya telah _________. A. kejur B. lenguh C. beku. terima kasih.Jawapan yang paling sesuai untuk ayat "Kerana terlalu dingin, kedua-dua belah kakinya telah .............A. kejur.Tatabahasa17.11.2016
Adakah ayat ini betul? Mohon cadangan pihak tuan: 1.Adalah terlalu kompleks untuk mensusuri salasilah ilmu perubatan herba di Nusantara ini yang telah menjangkau puluhan ribu tahun.Ayat yang betul ialah "Adalah terlalu kompleks untuk menelusuri salasilah ilmu perubatan herba di Nusantara ini yang telah menjangkau puluhan ribu tahun"Tatabahasa18.12.2022
Sila pilih frasa yang betul dari aspek tatabahasa. Terima kasih. 1. tersangat indah sekali 2. teramat indah sekali 3. tersungguh indah sekali 4. tersangat sungguh tinggi 5. tersangat tinggi sungguh 6. sungguh tersangat tinggi 7. sungguh tinggi tersangat 8. teramat tersangat tinggi 9. teramat tinggi tersangat 10. terlalu sangat cepat 11. sangat terlalu cepat 12. terlalu sungguh lewat 13. sungguh terlalu lewatJawapan yang betul ialah "sangat terlalu cepat" dan "sungguh terlalu lewat"Tatabahasa12.01.2022
Salam 1 Malaysia. Saya ada kemusykilan tentang kata penguat. Kata penguat yang mana dibenarkan berpasangan dalam ayat. Contohnya; 1. Lukanya amat pedih sungguh. 2. Lukanya amat sungguh pedih. 3. Lukanya terlalu amat pedih. 4. Lukanya terlalu pedih sekali. 5. Lukanya terlalu amat pedih sangat. 6. Lukanya amat sungguh sangat pedih. Yang mana antara ayat di atas yang betul penggunaan kata penguat. Sekian, terima kasih.Penggunaan kata penguat yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Lukanya amat pedih sungguh. 
2. Lukanya terlalu amat pedih.
3. Lukanya terlalu pedih sekali. 
Tatabahasa22.10.2012
12345678910...

Kembali ke atas