Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.lan.tar] | ترلنتر

Definisi : 1. terletak di: berbulan­-bulan lamanya dia ~ di rumah sakit; 2. dlm keadaan yg tidak dijaga atau dipelihara, terabai, terbiar: anak yg dikasihinya itu begitu ~ dan terbiar di tengah-tengah masyarakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.lan.tar] | ترلنتر

Definisi : 1 terletak atau terbaring (di): Sudah lama ia ~ di rumah sakit tetapi penyakitnya belum juga sembuh. 2 terbengkalai atau tidak dikerjakan; terbiar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terlantar
Kata Terbitan : terlantar, tertelantar,

Puisi
 

Menumbuk orang di Kampung Atar,
     Tembulat mengejut ayam;
Biar dulu kok terlantar,
     Di mana boleh sama dalam.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ramai wartawan atau pengguna bahasa Melayu sudah terbiasa dengan penggunaan perkataan TERLANTAR yang acap digunakan untuk merujuk kepada orang yang sakit. Contoh ayat : 1. Datin Orkid Abdullah kini TERLANTAR sakit ketumbuhan. 2. Ibu Halimah TERLANTAR sakit di hospital. Jika dilihat dari konteks makna, maksud perkataan TERLANTAR ialah terbiar tanpa penjagaan dalam tempoh yang lama.

Antara maksud terlantar termasuklah dalam keadaan yang tidak dijaga atau dipelihara, tetapi saudara juga perlu merujuk makna terlantar yang pertama, iaitu terletak atau terbaring (di). Berdasrkan makna yang tersebut penggunaan kata terlantar adalah betul tetapi ayat itu perlu diperbetulkan menjadi "Datin Orkid Abdullah kini terlantar di rumahnya kerana sakit ketumbuhan".

Tatabahasa02.05.2011
apakah yang dimaksudkan dengan terkapar?Terkapar bermaksud terlantar atau terbaring tidak ketentuan.Makna26.11.2012

Kembali ke atas