Terlebih dahulu saya pohon maaf jika mengganggu pihak tuan. Saya adalah penulis buku yang berjudul Tina Dengan Ratu Semut. Saya ingin bertanya kepada pihak tuan tentang status buku Tina Dengan Ratu Semut di mana apabila saya membuat semakan dalam sistem Pejabat Maya DBP saya mendapati nama penulis telah ditukar kepada Puan Ros Azirai Binti Muhammad. Justeru saya ingin bertanya adakah terdapat sebarang perubahan kerana setakat hari ini saya tidak mendapat apa-apa berita mengenainya. Untuk makluman pihak tuan saya telah menandatangani kontrak pernerbitan dengan pihak tuan. Saya sangat berharap agar mendapat maklum balas secepat mungkin daripada pihak tuan. | Wksalam Puan Normie. Pihak kami ambil maklum tentang perkara ini. Untuk makluman puan, hal yang demikian berlaku atas kesilapan teknikal (dari segi pemasukan data penulis/manuskrip). Bahagian Sistem Maklumat DBP telah pun membuat pembetulan dan pihak kami memohon maaf atas kesilapan tersebut. Dari segi status, manuskrip ini telah diserahkan ke Bahagian Pengeluaran untuk urusan pracetak dan percetakan pada awal tahun ini. Sebarang perkembangan tentang manuskrip ini, sila hubungi editor Pn. Azihani di talian 03-21479293 atau melalui e-mel azihani@dbp.gov.my Terima kasih. Ketua Editor (BKR) | Lain-lain | 20.06.2016 |
Terlebih dahulu ucapan terma kasih kerana menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Ini berkenaan kata ganti nama tanya. Apakah kata ganti nama tanya untuk masa? Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Apakah hari perkahwinan anda? Bilakah hari perkahwinan anda? Apakah waktu sembahyang sekarang? Apakah waktu sekarang? Pukul berapakah sekarang? Hari apakah mesyuarat di adakan? Hari bilakah mesyuarat di adakan? | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Bilakah hari perkahwinan anda? 2. Pukul berapakah sekarang? 3. Hari apakah mesyuarat diadakan? | Tatabahasa | 22.02.2014 |
Apakah padanan yang sesuai untuk "overbooked"? Terlebih tempah? Tempah terlebih? | Padanan istilah yang sesuai untuk "Overbook" ialah Tempah Berlebihan (penempahan bilik yang lebih banyak daripada jumlah bilik sedia sewa) | Istilah | 19.10.2017 |
Salam sejahtera, Adakah "Overspent" sesuai diterjemahkan kepada "Terlebih belanja" atau "Terlebih berbelanja"? Contoh ayat: Overspent by her kids during summer. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Menurut Kamus Melayu-Inggeris Dewan, overspend bermaksud berbelanja berlebih-lebihan. Oleh itu, overspent boleh dimaksudkan sebagai telah berbelanja berlebih-lebihan. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.11.2018 |
Tahniah terlebih dahulu untuk laman web carian v2. Tapi, saya menghadapi masalah dalam portal carian kamus online. Apabila saya cuba memasukkan sesuatu perkataan, ia memberikan saya ‘carian kata tiada dalam kamus terkini’. Hal ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Pautan untuk kamus dewan bahasa/edisi 2,3 & 4 tiada. Mohon perbaiki masalah ini secepat mungkin kerana saya amat memerlukan perkhidmatan kamus bahasa melayu. | Terima kasih atas keprihatinan terhadap sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP kami. Kami akan sentiasa memantau dan memperbaik sistem yang sedia ada ini bagi kemudahan masyarakat sebagai rujukan bahasa Melayu. Segala kesulitan amat dikesali. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 25.01.2019 |
Assalamualaikum. Terlebih dahulu, terima kasih atas semua jawapan daripada pertanyaan saya sebelum ini. Soalan: Apakah perbedaan antara: 1. Seminar 2. Wacana 3. Diskusi 4. Konvensyen 5. Forum dan istilah-istilah yang sepertinya? Terima kasih. | 1. Seminar bermkasud perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu. 2. Wacana pula ialah keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; 2. perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: mereka mengadakan ~ ilmu; 3. kesatuan fikiran yg utuh, sama ada dlm bentuk lisan (spt pidato, khutbah) atau tulisan. 3. Diskusi bermaksud perbincangan mengenai sesuatu hal. 4. Konvensyen ialah persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa . 5. Forum bermaksud perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum utk perbincangan terbuka. Tuan boleh merujuk atau melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian perkataan lain. | Makna | 22.10.2013 |
salam..terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih diatas jawapan yang telah di berikan..saya ingin bertanya apakah pendapat tentang bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan? | Puan Norshila terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Bahasa Melayu sudah terbukti menjadi bahasa ilmu melalui penggubalan pelbagai istilah dalam pelbagai bidang cabang ilmu. Bahasa Melayu juga terbukti sebagai bahasa ilmu apabila kebanyakan penerbitan baik dalam bentuk buku, makalah dan banyak lagi penerbitan telah menterjemahkan ilmu dalam pelbagai bidang- pemindahan ilmu - ke dalam bahasa Melayu. Melalui perpaduan kaum pula tidak perlu diperjelaskan kerana perkara ini telahpun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152 yang menjelakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini. Terima kasih | Makna | 03.09.2009 |
Salam terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak DBP kerana telah membantu UTM memilih nama majlis anugerah kualiti kita kepada Anugerah Citra karisma. Sekali lagi saya ingin mendapatkan kerjasama pihak tuan untuk mencadangkan nama klasik untuk majlis meraikan pesara dan bakal pesara utm yang bakal diadakan pada November 2009. Atas kerjasama saudara dalam perkara ini didahului dengan terima kasih. | Saudara Norazizah, Kami mencadangkan nama berkut : i. Majlis Jasamu Dikenang ii. Majlis Sanjungan Budi iii. Majlis Budimu Disanjung | Lain-lain | 02.09.2009 |
Salam sejahtera, Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas pertanyaan ini kerana frasa ini berunsur makian. Saya ingin tahu jika "holy shit" sesuai diterjemahkan kepada "sialan"? Jika tidak, mohon pendapat pihak tuan/puan. Terima kasih. | Frasa slangan "holy shit" bukanlah perkataan yang berbentuk makian dan tidak tepat terjemahannya mejadi "sialan". Perkataan tersebut lebih merujuk kepada ekspresi terkejut terhadap sesuatu perbuatan atau pernyataan. Terjemahan untuk perkataan tersebut yang dicadangkan ialah "alamak". | Istilah | 15.06.2019 |
Salam sejahtera. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana kesudian menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Sekali lagi saya ingin mendapatkan kepastian: (1) 'Kedua-dua individu mempunyai trait genetik yang berlainan' ATAU 'kedua-dua orang individu mempunyai trait genetik yang berlainan' (2) kedua-dua kata tersebut... ATAU kedua-dua patah kata tersebut... | Ayat yang gramatis ialah "kedua-dua orang individu mempunyai ciri/trait genetik yang berlainan". | Tatabahasa | 12.08.2013 |