ayat 1 atau 2 yg betul 1.Dusun Pak Ali terletak di dalam hutan itu. 2.Dusun Pak Ali terletak di pinggir hutan itu. | Untuk makluman, kedua-dua ayat tersebut betul. 1.Dusun Pak Ali terletak di dalam hutan itu. 2.Dusun Pak Ali terletak di pinggir hutan itu. | Tatabahasa | 07.10.2015 |
Salam DBP, Adakah perkataan 'terletak' kata kerja dalam ayat berikut: Bandar Raya Ipoh terletak di Perak Darul Ridzuan. Apakah pola ayat yang betul? FN+FK atau FN+FS? | Pola ayat Bandar Raya Ipoh terletak di Perak Darul Ridzuan ialah FN+FK. | Tatabahasa | 17.09.2014 |
1.Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya atau Pusat pentadbiran kerajaan malaysia terletak di Putrajaya Bina ayat majmuk dengan kata hubung 2. Rambut Suraini lurus ( tetapi) Rambut adiknya kerinting Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya kerinting atau Rambut Suraini lurus tetapi adiknya kerinting | 1. Pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya. 2. Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya keriting. | Tatabahasa | 07.07.2011 |
Antara ayat yang berikut, yang manakah betul.. Ali meniup lilin yang terletak di atas kek. Ali meniup api lilin yang terletak di atas kek. Terima kasih. | Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun, penggunaan ayat yang lebih tepat ialah "Ali meniup api lilin yang terletak di atas kek". | Istilah | 19.06.2014 |
tuan, Saya masih kurang pasti dengan jawapan bahawa pola ayat berikut "Bandar raya Kuching terletak di Sarawak" ialah FN +FN. Bukankah frasa "terletak di Sarawak" itu frasa kerja (FK)? | Puan, Pola ayat tersebut memang pola FN + FK krana kata 'terletak' ialah kata kerja. Maaf atas kesilapan yang diberikan oleh petugas sebelum ini. | Tatabahasa | 11.08.2010 |
Adakah perkataan 'terletak' merupakan kata kerja? | Perkataan 'terletak' ialah kata kerja. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
1)Kereta itu terletak di antara motorsikal dan basikal. 2)kereta itu terletak di antara motorsikal,basikal dan pokok. ada salah? | Ayat pertama betul tetapi ayat kedua kurang tepat, kecuali dilukiskan visual yang menunjukkan kedudukan antara ketiga-tiga objek tersebut. | Tatabahasa | 01.06.2012 |
Contoh ayat: Rumah saya terletak di antara rumah Hassan dan/dengan rumah Ah Beng. | Rumah saya terletak di antara rumah Hassan dengan rumah Ah Beng. | Tatabahasa | 24.03.2011 |
adakah perkataan terlentang wujud? atau hanya telentang dan tertelentang? terima kasih. | Ejaan yang betul ialah telentang. Kamus Dewan mentakrifkan telentang sebagai terbaring atau terletak dengan bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dengan bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telentang: Dia ~ badannya di lantai. | Tatabahasa | 16.06.2013 |
Rumah datuk Safi terletak di negeri Jelapang Padi Malaysia. Adakah betul penggunaan huruf besar di setiap awal perkataan tersebut? | Penggunaan yang betul ialah Rumah datuk Safi terletak di negeri jelapang padi Malaysia. | Ejaan | 12.03.2020 |