Berdasarkan gambar yang disertakan, apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan 1? 1. Pejabat pos itu terletak di ___ jalan itu. A. seberang B. pinggir C.hujung D. hadapan Apakah jawapan paling tepat bagi soalan yang kedua ? Mengapakah jawapan tersebut dipilih? 2. "Jika begitu, biarlah ___ membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia. A. patik B. aku C. saya D. hamba Sekian, terima kasih. | 1. Pejabat pos itu terletak di pinggir jalan itu. Lihat visual, bangunan itu terletak di pinggir jalan. 2. "Jika begitu, biarlah hamba membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia. | Tatabahasa | 24.04.2015 |
ayat 1 atau 2 yg betul 1.Dusun Pak Ali terletak di dalam hutan itu. 2.Dusun Pak Ali terletak di pinggir hutan itu. | Untuk makluman, kedua-dua ayat tersebut betul. 1.Dusun Pak Ali terletak di dalam hutan itu. 2.Dusun Pak Ali terletak di pinggir hutan itu. | Tatabahasa | 07.10.2015 |
Saya Khairiyah Binma' belajar Bahasa saya Ingin bertanya tentang bahasa Apakah makna Membujur | Membujur bermaksud: 1. Terletak memanjang 2. Mengikut panjang atau memanjang | Makna | 06.11.2015 |
1)Kereta itu terletak di antara motorsikal dan basikal. 2)kereta itu terletak di antara motorsikal,basikal dan pokok. ada salah? | Ayat pertama betul tetapi ayat kedua kurang tepat, kecuali dilukiskan visual yang menunjukkan kedudukan antara ketiga-tiga objek tersebut. | Tatabahasa | 01.06.2012 |
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ingin bertanya berkenaan penggunaan huruf kecil dan huruf besar untuk ayat di bawah ini : 1. Tapak yang dipohon terletak di atas Lot 123 2. Tapak yang dipohon terletak di atas lot 123 Ayat 1 atau 2 yang betul ? (Lot 123 atau lot 123) | Ayat yang betul ialah Tapak yang dipohon terletak di atas Lot 123. | Tatabahasa | 08.10.2014 |
1.Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya atau Pusat pentadbiran kerajaan malaysia terletak di Putrajaya Bina ayat majmuk dengan kata hubung 2. Rambut Suraini lurus ( tetapi) Rambut adiknya kerinting Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya kerinting atau Rambut Suraini lurus tetapi adiknya kerinting | 1. Pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya. 2. Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya keriting. | Tatabahasa | 07.07.2011 |
Betul atau tidak ayat "Mereka pulang ke kelas yang terletak bersebelahan dengan Sains 1." | Ayat yang lebih tepat ialah; Mereka pulang ke kelas yang terletak bersebelahan dengan Kelas Sains 1. | Tatabahasa | 25.02.2013 |
Pola ayat dasar 1. Bandar Ipoh terletak di Perak. 2. Pelakon muda yang berbakat itu dari Indonesia. 3. Kakak pergi ke rumah abang . Perbezaan subject Dan predikat 1. Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna cerah. 2. Seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan jatuh pengsan semalam . 3. Semua pelajar di sekolah itu dikehendaki berada di dewan sekarang . | Soalan saudara kurang jelas. Jika ditanyakan tentang ayat dasar, ayat dasar merupakan sumber kepada pembentukan ayat-ayat dalam Bahasa Melayu. Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat inti. Terdapat empat pola ayat dasar berdasarkan unsur-unsur binaan ayat, iaitu FN+FN ; FN+FK ; FN+FA ; dan FN+FS. Contohnya, "Bandar Ipoh" ialah FN + "terletak di Perak" ialah FK. Subjek pula ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Dalam contoh ayat, "Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna cerah", "Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu" ialah subjek dan "dicat dengan warna cerah" ialah predikat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 463 - 476. | Tatabahasa | 22.05.2013 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya ingin meminta bantuan pihak DBP untuk mengenal pasti ayat-ayat di bawah sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa. Ayat 1: Menara Kembar PETRONAS terletak di Kuala Lumpur. Ayat 2: Menara Berkembar PETRONAS terletak di Kuala Lumpur. Antara ayat 1 dan ayat 2, ayat yang mana satu merupakan ayat yang gramatis. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah Menara Berkembar Petronas terletak di Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 17.03.2013 |
Saya ingin pastikan penggunaan berikut: 1. Terjemahan untuk assistant, terletak di pangkal perkataan atau hujung? cth assistant xxx atau xxx assistant | assistant : n penolong, pembantu: to employ an ~, menggaji seorang penolong; laboratory ~, pembantu makmal; ~ librarian, penolong pustakawan; ~ minister, menteri muda. Sila lihat contoh di atas untuk mengetahui kedudukannya. | Makna | 03.11.2009 |