Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.li.hat] | ترليهت

Definisi : 1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; 2. telah dilihat, diketahui: setelah ~ benda itu segera diambilnya; 3. terpandang dgn tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat utk memandang): ketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yg duduk di sampingnya itu mengerling; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya terlihat banyak poster debat atau ceramah yang menggunakan perkataan "panel"@ "panelis", yang merujuk kepada orang yang memberi ceramah. 1.Adakah wujud "panelis" dalam DBP? 2.Istilah mana yang betul panel atau panelis 3.Bolehkan berikan contoh penggunaan perkataan tersebut dalam ayat. Terima kasih.
Penggunaan yang betul ialah panel. Padanan bahasa Melayu bagi panelist ialah ahli panel. 
Tatabahasa17.03.2021
Dunia selalu terlihat lebih cerah dari balik senyuman. - Ini adalah bahasa Indonesia. Jika dijadikan Bahasa Malaysia- saya ubah seperti berikut: Dunia selalu dilihat lebih cerah di sebalik senyuman. Mohon nasihat tuan sama ada ini adalah betul atau tidak? Terima kasih.Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, ayat tersebut betul.Tatabahasa07.10.2021
Saya ada terlihat di dalam buku teks tahun 4, perkataan "bawa", kata imbuhan pen + an = pembawaan. Soalan saya bagaimana nak terangkan pada anak2 imbuhan pen + bawa + an = pembawaan ? Adakah kata imbuhan "pem" wujud ? Sekian, terima kasih.Menjawab soalan saudara, imbuhan peN-...-an menjadi pem-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b, dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf-huruf b, f, dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf p dan b. Contohnya seperti pembawaan , pembacaan dan juga pembajakan. Bagi membantu saudarai mendapat penerangan terperinci berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan muka surat 121.Tatabahasa03.04.2007
Sebaik-baik mencelikkan matanya, terlihat oleh Yus ( pada , akan) wajah adik-adiknya yang tiga orang itu. Jawaban munsyi ialah akan, tetapi saya masih tidak faham mengapakah bukan pada yang digunakan? terlihat pada wajah?? sebenarnya jawaban daripada buku rujukan ialah akan, iaitu sama pendapar dengan munsyi.Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan adapada (manusia  dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti yang berikut:
a. menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa.
b. kata sendi nama "pada" apabila didahului "ada" mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan.
c. sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Oleh sebab dalam ayat yang diberikan tidak menunjukkan ketiga-tiga situasi yang diberikan di atas, jawapan yang betul ialah "akan".
Tatabahasa12.02.2012
Dadanya semakin berdebar kuat apabila terlihat seekor anjing mengekorinya dari belakang. Penggunaan kata"kuat" betul dan sesuai dalam ayat ini?Ayat yang lebih gramatis ialah "Jantungnya semakin berdegup dengan kencang apabila terlihat seekor anjing mengekorinya".Tatabahasa09.07.2013
Sebaik-baik mencelikkan matanya, terlihat oleh Yus ( pada , akan) wajah adik-adiknya yang tiga orang itu. munsyi, apakah jawaban yang lebih sesuai digunakan? TQjawapan yang tepat ialah akan.Tatabahasa07.02.2012
Salam sejahtera, DBP. Saya ada terlihat dalam bahagian istilah bahasa Melayu PRPM yang stone skipping/skimming diberi padanan main encat. Sebelum ini saya cari di PRPM, tiada. Bolehkah DBP berikan saya tarikh padanan istilah tersebut dimasukkan dalam PRPM?Untuk makluman tuan, Mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa (JKIS) Bil. 35, bertarikh 12 September 2018 telah memutuskan istilah main encat bagi stone skipping/skimming.Istilah04.11.2018
Apakah maksud "mendepani pertanian"? Saya terlihat slogan ini digunakan oleh salah sebuah institusi baru-baru ini.Pada pandangan kami, frasa "mendepani pertanian" bermaksud usaha-usaha yang dilakukan bagi menyahut cabaran pertanian pada masa hadapan, termasuklah dalam bidang pendidikan, pembangunan dan penyelidikan, pemasaran dan pengantarabangsaan yang merangkumi pelajar, pensyarah, dan pemain industri sama ada peringkat tempatan mahu pun antarabangsa. Namun begitu, untuk mendapatkan penjelasan lanjut, tuan/puan dicadangkan menghubungi institusi yang dimaksudkan.Lain-lain03.11.2015
Apakah yang dimaksudkan dengan simbol ' ; ' . Bagaimanakah ingin menggunakan simbol tersebut? Seringkali saya terlihat simbol ' ; ' digunakan dalam puisi dan cerpen.Mengikut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma bertitik digunakan untuk:
1. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung "dan", "tetapi", "atau", "namun" dan "lalu".  Contohnya:  Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu.
2.  Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung "juga", "walau bagaimanapun", "malah", "di samping itu", "oleh yang demikian". "sesungguhnya" dan sebagainya.  Contoh: Harga barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik.
3.  Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contoh:  Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za'ba, disesuaikan dalam buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu.
4.  Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori seperti: Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.
Lain-lain31.12.2016
perkataan UNTUK tergolong dalam golongan kata apa?skata sendi nama atau kata hubung.saya pernah terlihat dalam buku ada yang menyatakan perkataan UNTUk merupakan kata hubung dan ada juga buku yang menyatakan perkataan tersebut merupakan kata sendi nama.Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga, "untuk " ialah kata sendi nama. Kata sendi nama "untuk' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.Tatabahasa06.03.2013
12

Kembali ke atas