Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ma] | ترما

Definisi : 1. unit ukuran haba; 2. berkaitan dgn haba atau suhu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ma] | ترما

Definisi : (Udg) 1. peruntukan yg terkandung atau peraturan yg dikenakan dlm sesuatu kontrak: ~ dlm perjanjian insurans itu mungkin boleh mengehadkan atau menidak­kan tuntutan saudara; 2. perkara yg kepada­nya tertakluk sesuatu keistimewaan; ~ jawat­an (Tadb) perkara yg berkaitan dgn jawatan yg dipegang oleh seseorang, spt faedah persaraan, hak pencen, tempoh jawatan, gaji dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ma] | ترما

Definisi : berkaitan dgn haba atau suhu: kecekapan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ter.ma] | ترما

Definisi : ist peraturan yg terkandung atau peraturan yg dikenakan dlm sesuatu kontrak, perjanjian dsb: ~ dlm perjanjian itu mesti dipenuhi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terma


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai beberapa terma yang digunakkan dibidang pergigian. Saya teleh mengunakkan carian PRPM dan telah mendapatkan terjemahan beberapa terma yang digunakkan dalam bidang pergigian. Saya ingin tahu sama ada terma-terma ini diiktirafkan oleh DBP atau tidak. Terma-terma seperti dalam lampiran yang dimuatnaik. Sekian terima-kasih.Pihak kami akan meneliti semua istilah yang telah dikemukakan. Kami akan menghubungi tuan untuk pengesahan istilah setelah selesai penelitian tersebut. Lain-lain11.01.2022
Apa terjemahan untuk "Other Terms and Conditions"? 1. Lain-lain terma dan Syarat atau 2. Terma-terma dan syarat-syarat lain 3. Terma dan syarat lain Terima kasihTerjemahan yang betul ialah Terma dan syarat lain.Penyemakan dan penterjemahan23.11.2021
Pohon penjelasan sama ada perkataan dalam Bahasa Melayu, satu perkataan seperti "terma dan syarat" adalah membawa maksud jamak, tidak perlu digandakan menjadi "terma-terma dan syarat-syarat". Bilakah penggandaan wajar dilakukan pada kata tunggal? adakah sekiranya hendak meringkaskan ayat, "terma dan syarat" adalah mencukupi dan membawa maksud banyak terma dan syarat?

Frasa “terma dan syarat” boleh membawa maksud tunggal atau jamak, bergantung pada konteks penggunaannya.

Tatabahasa23.10.2023
Mohon nasihat dan pandangan tuan/puan bagi terma-terma berikut: 1) "culture rape" seperti dalam ayat: The 17-year-old exposing rape culture in Malaysian schools 2) "victim percipitation" seperti dalam ayat: Victim precipitation is a controversial theory asserting that victims sometimes initiate the actions which lead to their harm or loss. Kedua-dua terma ini berkait dengan bidang kriminologi. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah rape culture ialah budaya rogol dan istilah victim precipitation ialah dorongan mangsa. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah27.02.2024
Salam/ selamat sejahtera, Pertanyaan saya, adakah terma-terma perundangan/ kehakiman seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim perlu ditulis huruf besar walaupun di tengah-tengah ayat. Contoh: 1) Amber memohon kepada Mahkamah (mahkamah) di Virginia untuk mengetepikan saman itu. 2) Oleh yang demikian, Hakim (hakim) berpendapat terbukti Amber dipukul. 3) Apabila saksi Plaintif (plaintif) terpaku begitu. 4) Peguam Defendan (defendan) tiada bantahan. Terima kasih.Perkataan-perkataan dalam terma perundangan seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim merupakan kata nama am dan ditulis dalam huruf kecil di tengah-tengah ayat. Namun penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam sesuatu wacana.Ejaan30.05.2023
Salam. Saya perlukan terjemahan untuk terma-terma berikut dari bahasa inggeris: 1) Frame Size 2) Aspect Ratio 3) Pre-recorded speech 4) ResolutionKami mencadangkan padanan seperti berikut:

1) "Frame size": Saiz rangka atau saiz bingkai

2) "Aspect ratio": Nisbah bidang atau nisbah aspek

3) "Pre-recorded speech": Pertuturan prarakam atau percakapan prarakaman

4) "Resolution": Resolusi, penyelesaian atau leraian

Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah15.03.2021
salam. apakah terjemahan yang sesuai utk terma-terma berikut: 1. trait personality 2. neuroticism 3. extraversion 4.conscientiousness 5. opennes to experience 6. agreeableness. 7. learning experience 8. conformity to gender role norms 9. sensing 10. intuition 11.mastery experience 12. vicarious experience 13. social persuasions 14. physiological states 15. outcome expectation 16. body of knowledge 17. type indicator terima kasih. t.kasih.Dalam bidang perubatan paranoid personality trait diterjemahkan kepada trait personality paranoid, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=trait+personality+ untuk maklumat lanjut, neuroticism diterjemahkan kepada neurotisisme, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=neuroticism dan extraversion diterjemahkan kepada ekstraversi, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=extraversion. Untuk nombor 4 hingga 17, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan Carian Spesifik, tuan akan lihat data daripada kamus dan istilah. Soalan yang tidak ada dalam pangkalan data kami bolehlah ditanyakan dalam Khidmat Nasihat Bahasa dan jelas kan konsep perkataan tersebut untuk kami cadangkan padanan yang sesuai.Tatabahasa27.06.2013
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai istilah Bahasa Melayu bagi terma-terma ini: 'financial inclusion' , 'accessible', 'marketplace'. Terima kasih.Sila beri contoh dalam ayat penuh supaya pihak kami dapat memberi terjemahan yang tepat.Makna27.03.2019
Salam sejahtera, Saya ingin mendapat khidmat nasihat tentang apakah terjemahan yang sesuai dan tepat untuk terma-terma Bahasa Inggeris berikut: 1. Standard subtitles 2. Bimodal subtitles 3. Reversed subtitles Mohon bantuan dan khidmat nasihat daripada pihak DBP. Terima kasih.

Cadangan padanan dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

  1. Standard Subtitles - Sari Kata Seragam/Standard
  2. Bimodal Subtitles - Sari Kata Bimod
  3. Reverses Subtitles - Sari Kata Balikan

 

Tatabahasa23.10.2018
As'salam, saya azrai daripada KWSP HQ di jalan raja laut. saya memohon bantuan untuk terjemah terma terma akaun yang dikeluarkan oleh Malaysian Accounting Standard Board kepada bahasa malaysia. sila rujuk dokumen yang dilampir. sata sudah terjemah mengikut kesuaian, harap pihak DBP dapat memberi maklum balas selewat lewet nya pada 24 november 2017.Untuk makluman tuan, kebanyakan istilah/terjemahan yang dilampirkan tiada dalam kamus, istilah atau sumber rujukan kami yang lain. Kami perlu merujuk pihak yang lebih arif dan berwibawa untuk mendapatkan maklumat berkenaan. Kami memerlukan sedikit waktu lagi untuk menyemak dan jawapan akan die-melkan terus kepada tuan.Lain-lain22.11.2017
12345678910...

Kembali ke atas