Selamat pagi. Apakah terdapat perbezaan anatar "termasuk" dan "termasuklah"? Misalnya, dalam ayat di bawah, adakah kedua-dua "termasuk/termasuklah" boleh digunakan? Perbezaannya adalah kali ini, bukan sahaja pengurus besar, tetapi rakan-rakan lain termasuk/termasuklah pekerja kesatuan pekerja semuanya sudi bekerjasama. Terima kasih. | Lah ialah partikel atau kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya. Kedua-dua perkataan, termasuk atau termasuklah boleh digunakan dalam ayat yang dikemukakan tersebut. | Tatabahasa | 22.08.2021 |
Cikgu saya kata, kita tidak boleh memulakan ayat dengan "Antaranya termasuklah". Contoh ayat: Terdapat banyak cara untuk menjaga kebersihan. Antaranya termasuklah mandi dua kali setiap hari dengan menggunakan sabun. Bolehkah pihak tuan mengesahkan perkara ini - penggunaan "Antaranya termasuklah..."? Terima kasih. | Perkataan "antara" berfungsi sebagai kata hubung dan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh penggunaan "antara" dalam ayat yang diberikan tidak betul. Ayat yang betul ialah Terdapat banyak cara untuk menjaga kebersihan antaranya mandi dua kali setiap hari dengan menggunakan sabun. | Tatabahasa | 05.08.2020 |
1(a). Hasil kraf tangan tersebut termasuklah anyaman daripada daun kelapa dan ukiran. 1(b). Hasil kraf tangan tersebut termasuklah barangan daripada daun kelapa dan ukiran. 2(a). Mereka melihat pelbagai anyaman seperti bakul, sarung ketupat dan burung hiasan. Semuanya diperbuat daripada daun kelapa. 2(b). Mereka melihat pelbagai barangan seperti bakul, sarung ketupat dan burung hiasan. Semuanya diperbuat daripada daun kelapa. Ayat yang mana satu lebih tepat? Terima kasih. | Kesemua contoh ayat adalah betul. Walau bagaimanapun untuk konteks ayat sebegini perkataan anyaman lebih tepat menggantikan barangan. | Tatabahasa | 16.02.2017 |
1.penggunaan antaranya termasuklah 2. 'antaranya termasuk lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari dan sebagainya.' ayat ini betul atau salah?^^ | Ayat yang betul ialah antaranya termasuklah ialah lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari dan sebagainya | Tatabahasa | 02.06.2016 |
Salam sejahtera, frasa yang mana satukah betul? Antara cara menjaga kesihatan ialah kita harus... Antara cara menjaga kesihatan termasuklah kita harus... | Frasa yang betul ialah “Antara cara menjaga kesihatan termasuklah kita harus ...”. | Tatabahasa | 21.05.2025 |
Rangsangan: Terdapat pelbagai medium yang telah digunakan oleh manusia untuk menulis. Antaranya termasuklah batu, daun, kayu dan kulit binatang yang digunakan untuk merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Soalan: Dalam perkataan “antaranya’, -nya merujuk kepada pelbagai medium. Adakah penggunaan -nya ini gramatis? | Penggunaan "nya" dalam contoh tersebut tidak gramatis kerana "nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Sepatutnya ayat tersebut ditulis "Antara medium yang telah digunakan oleh manusia untuk menulis termasuklah batu, daun, kayu dan kulit binatang yang digunakan untuk merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka." | Tatabahasa | 16.04.2012 |
Selamat petang. Antaranya termasuklah Dialog Terpilih Mengenai Seni (Selected Dialogues on Arts) oleh Plato dan Laocoon oleh Gotthold Ephraim Lessing. Dalam teks terjemahan dari bahasa Cina ke bahasa Melayu, adakah nama buku bahasa Inggeris harus disertakan sekali? Terima kasih. | DBP seperti penerbit lain mempunyai gaya penerbitan tersendiri. Gaya penerbitan DBP adalah mengikut Gaya Dewan. Cara menulis rujukan berdasarkan Gaya Dewan adalah mengikut Kaedah Penulis-Tarikh seperti yang berikut: (a) Nama penulis, editor atau penyusun diikuti tanda koma. (b) Tahun terbit diikuti dengan tanda noktah. (c) Judul ditulis dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah. (d) Tempat terbit diikuti dengan tanda titik bertindih. (e) Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah. Contoh: Farid M. Onn, 1980. Aspects of Malay Phonology and Morphology. A Generative Approach. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Saudara boleh merujuk Gaya Dewan terbitan DBP. | Lain-lain | 29.07.2021 |
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Dalam Pembangunan Istilah Sains dan Teknologi | Antara matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) termasuklah untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Oleh itu, dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu termasuklah dalam bidang sains dan teknologi ratusan istilah dibentuk dan disebarkan kepada masyarakat pengguna bahasa. | Tatabahasa | 04.04.2013 |
Adakah berkhatan sakit? | Maklumat tentang berkhatan termasuklah kebaikan berkhatan dan proses berkhatan tidak ada dalam pangkalan data kami. Jika tuan betul-betul berminat untuk mengetahuinya, sila rujuk artikel tentang berkhatan, contoh capaiannya kami paparkan di sini, http://www.hmetro.com.my/node/15981. | Lain-lain | 05.11.2015 |
"Antara guru yang hadir dalam bengkel itu termasuklah guru sejarah, guru kesusasteraan Melayu dan guru bahasa Melayu." Adakah "guru sejarah", "guru kesusasteraan Melayu" dan "guru bahasa Melayu" nama khas dan huruf pertama setiap perkataan perlu menggunakan huruf besar? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah guru Sejarah, guru Bahasa Melayu dan guru Kesusasteraan Melayu. | Ejaan | 15.08.2011 |