saya tidak dapat cari termanggu-manggu dalam kamus , cuma dapat cari termangu-mangu.adakah perkataan ini wujud?sebab perkataan ini wujud dalam buku rujukan.harap tuan dapat selesaikan masalah saya ,terima kasih | Perkataan yang ditemui ialah termangu-mangu yang bermaksud duduk termenung-menung kerana susah hati dll; melengung. Contoh ayat : Dia suka duduk termangu-mangu seorang diri. | Istilah | 18.07.2010 |
maksud - menerawang | Menurut Kamus Dewan, menerawang 1. membuat lubang-lubang kecil pd (kainmempuntai beberapa maksud. Maksud pertama, melubangi, menembuk, menembus atau membuat kerawang (pd baju dll), mengerawang juga bermaksud kain putih yg diterawang dgn bunga yg indah-indah. Selain itu, menerawang bermaksud termenung-menung atau memikirkan (mengangan-angankan) sesuatu, melayang jauh (fikirannya) atau berkhayal. Bagi membantu, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat Terbitan DBP. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat NAsihat Bahasa DBP. | Makna | 07.01.2007 |