Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.mi.no.lo.gi] | ترمينولوݢي

Definisi : 1. kajian tentang istilah; 2. kumpulan kata khusus yg berkaitan dgn sesuatu bidang (ilmu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terminologi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa terminologi sesuai untuk "Deafblindness"? 1. Buta tuli 2. Kebutatulian 3. Buta pekak 4. Kebutapekakan https://en.wikipedia.org/wiki/DeafblindnessKami mencadangkan "deafblindness" diterjemahkan sebagai "cacat pendengaran dan penglihatan" atau "masalah pendengaran dan penglihatan". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah08.09.2021
nak tahu mengenai terminologi:- limau,belimbing dll = hasilan buah-buahan daging,ayam,kembing = ternakan kerepek ubi,pisang = ????? sila maklumkan pd saya.Soalan saudara tidak jelas. Aspek apakah yang saudara ingin tahu? sekiranya tentang makna saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain22.02.2008
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai untuk terminologi Short Tail Claims for Direct Insurance. Short tail dalam konteks ini bermaksud 'Classes of insurance business involving coverage for risks where claims are usually known and settled within 12 months.' Diharap mendapat cadangan terjemahan untuk short tail claims. Terima kasihTerjemahan yang boleh dicadangkan ialah "Penyelesaian Tuntutan Segera bagi Insurans Langsung".Penyemakan dan penterjemahan27.07.2015
Information system misalignment. Untuk mendapatkan pandangan bagi menterjemah terminologi teknologi maklumat di atas.Kami mencadangkan istilah "information system misalignment" dalam bidang Teknologi Maklumat diterjemahkan sebagai "salah jajaran sistem maklumat". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Istilah11.04.2022
Tuan/ Puan, Mohon pandangan pihak tuan/ puan, apakah terminologi yang bersesuaian untuk tajuk ucapan YAB Perdana Menteri, YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian dalam sesebuah penerbitan dokumen atau buku sama ada "Prakata", "Perutusan", "Kata Alu-aluan" atau lain-lain. Terima kasih.Salam sejahtera,

Berdasarkan data kami, prakata bermaksud kata alu-aluan oleh tokoh tertentu utk sesebuah buku dll, mukadimah.

Perutusan bermaksud 1. kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kpd Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yg (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yg penting; 4. ucapan orang besar pd hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dlm ~ tahun baru-nya;.

Kata alu-aluan bermaksud ucapan (kata­kata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb);.

Berdasarkan ini kami mencadangkan pihak tuan menggunakan Prakata atau Kata Alu-aluan berdasarkan kesesuaian pihak tuan.

Sekian.
Lain-lain03.08.2017
Salam, Saya memerlukan khidmat nasihat pihak tuan bagi terminologi (Band Saw Machine) dalam bahasa melayu adalah Mesin Gergaji Puting. Adakah betul atau salah. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai dan sanjungi. sekian, terima kasih.Band saw ialah gergaji gelung, machine band saw diterjemahkan kepada mesin gergaji gelung.Penyemakan dan penterjemahan24.10.2016
Tuan, saya merupakan pelajar PHD. Saya diminta untuk mencari terminologi kepada istilah Enactment & Sensemaking. Kedua-dua istilah ini dikeluarkan daripada teori Sensemaking oleh Weick (1995). Istilah-istilah yang ada dilihat tidak bersesuaian dengan teori tersebut. Boleh tuan mencadangkan kepada saya istilah yang bersesuaian ? Terima Kasih.Untuk perkataan Enactment, tuan boleh terus menggunakan istilahnya dalam bahasa Melayu iaitu Enakmen.
Untuk perkataan Sensemaking berdasarkan teori Weick yang tuan maksudkan, istilah yang dicadangkan ialah pengungkapan maksud atau pertimbangan mengikut kesesuaian konsep. 
Istilah28.11.2022
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Apakah terjemahan Adjuster dalam bahasa Melayu (terminologi insurans)

Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan "adjuster" dalam bidang insurans ialah adjuster.

Makna18.09.2021
Adakah perkataan bai atau bai-bai untuk terjemahkan bye atau goodbye betul dari segi terminologi bahasa melayu? Atau hanya selamat tinggal saja yang tepat?Padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah "Selamat tinggal" atau "selamat jalan". Tatabahasa21.04.2022
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang tepat. (a) Masalah itu menyebabkan fikirannya (mengacau). (b) Keadaan (mengacau) yang sedang berlaku di negara itu menakutkan rakyat.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
123

Kembali ke atas