Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.na/] | ترنق

Definisi : 1. ark yg berasal dr, yg dilahirkan di: mereka itu ~ Singapura; orang ~ penduduk negeri, anak negeri, bumiputera; 2. = ternakan binatang peliharaan (kuda, lembu, kerbau, kambing, dll): beliau gemar sekali bercucuk tanam dan memelihara ~; tukang ~ a) orang yg memelihara binatang; b) = tukang ~ wang bp ceti, pelepas wang; berternak, menternak memelihara ternak (kuda, lembu, dll): perusahaan ~ itu dijalan-kan secara besar-besaran; mereka ~ binatang dan bercucuk tanam; menternakkan 1. memelihara supaya banyak, membiakkan ternak (lembu, ayam, dll): mereka juga ~ lembu utk dijual; 2. membungakan wang: hutangnya kpd orang yg suka ~ wang telah dapat dibayar oleh Zainudin; penternakan perihal memelihara dan membiakkan binatang, pemeliharaan dan pembiakan binatang; penternak orang yg menternakkan (binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.na/] | ترنق

Definisi : , = ternakan binatang spt kuda, lembu, atau kerbau yg dipelihara: Kerjanya bercucuk tanam dan memelihara ~. berternak memelihara binatang, spt lembu, kambing: Pd anggapan mereka, bertani lebih mendatangkan keuntungan drpd ~. menternak memelihara ternak supaya biak (banyak); membiakkan ternak: Mereka ~ kambing dan lembu utk dijual. penternakan perbuatan atau hal menternak binatang. peternakan tempat menternak binatang. peter­nak orang yg kerjanya berternak. pen­ternak orang yg menternak binatang: ~ lembu dan kambing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ternak
Kata Terbitan : berternak, menternak, penternakan, penternak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengapakah perkataan ternak tidak menjadi menernak sepertimana dalam contoh-contoh ini..tembak-menembak,timbus-menimbus,tukul-menukul..sebaliknya ternak jadi "menternak"Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Perkataan ternak - menternak - penternakan ialah sebahagian daripada kelompok kekecualian dalam bahas Melayu.Tatabahasa23.04.2012
apa takrif sebenar bg 'agro'. adakah perkataan agro tani, agro ternak wujud dalam bahasa kita..Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "agro" ialah awalan asing yang berkaitan pertanian, tanha atau ladang, mis dalam agrokimia dan agroteknologi. Perkataan agrotani dan agroternak boleh digunakan dalam istilah agropertanian. Ejaan yang betul ialah agroternak dan agrotani, bukan agro ternak dan agro tani.Ejaan05.08.2014
Saya menemukan frasa "bahan baku terasi" dalam satu jurnal terbitan Indonesia. Apakah seerti yang sesuai jika diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia? Contoh ayat; Sebagaimana yang kita ketahui limbah dari hewan crustaceaese pertiudang, kepiting dan belangkas di Indonesia hanya dimanfaatkan untuk pakan ternak, hidrolisat protein, silase, bahan baku terasi, petis dan lain–lain, Bahan baku terasi ialah Bahan asas belacanMakna20.03.2020

Kembali ke atas