Salam, Saya ingin tenya tentang nama golongan haiwan. Adakah "ternakan darat" termasuk ayam dan itik? Adakah "haiwan peliharaan" termasuk haiwan untuk kegemaran dan juga ternakan di ladang sekali? Adakah "binatang jinakan" merangkumi haiwan untuk kegemaran dan haiwan untuk ekonomi sekali? Terima kasih | Dalam Kamus Dewan ternakan sama maksudnya dengan binatang ternakan seperti kuda, lembu, kerbau, kambing dan lain-lain. Walau bagaimanapun tidak ada pengelompokan haiwan tersebut sama ada untuk peliharaan di rumah, ladang dan sebagainya. Tambahan maklumat dalam pengiklanan, lazimnya dalam keterangan aktiviti syarikat/kedai haiwan peliharaan di rumah ditulis sebagai "Kedai Haiwan Kesayangan". | Makna | 03.05.2012 |
Saya hendak bertanya tentang ayat songsang. Contoh ayat di bawah: Ayat susunan biasa: Mereka menyertai lawatan ke ladang ternakan ayam. Ayat songsang: Menyertai lawatan ke ladang ternakan ayam mereka ATAU Ke ladang ternakan ayam mereka menyertai lawatan. Ayat songsang manakah betul? Atau kedua-dua ayat boleh diterima? Minta penjelasan, terima kasih. | Ayat songsang yang tepat untuk ayat tersebut ialah Lawatan ke ladang ternakan ayam mereka sertai. | Tatabahasa | 24.08.2017 |
Projek ternakan ayam atau projek penternakan ayam? | Frasa yang betul ialah projek penternakan ayam. | Tatabahasa | 13.03.2015 |
Mana yang betul "sangkar ternakan ikan" atau "sangkar penternakan ikan"? | Frasa yang betul ialah ‘sangkar penternakan ikan’. Kata ‘penternakan’ bermaksud perbuatan atau hal menternak binatang, manakala kata ‘ternakan’ bermaksud binatang yang dipelihara. | Tatabahasa | 30.01.2019 |
Apakah terjemahan terbaik untuk 'Meliponiculture', ternakan untuk kelulut atau lebah tak bersengat atau Trigona. | Untuk makluman, istilah "meliponiculture" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah meliponikultur. | Istilah | 10.11.2013 |
Mohon terjemahan standard BM untuk industri ternakan ayam. 1. Day old Chick --merujuk kepada anak ayam berumur sehari. akronim inggeris yg lazim seluruh dunia ialah DOC 2. Pullet -- ayam penelur berumur 6 minggu sehingga saat bertelur (anggaran 15 minggu). harus diingat yg ayam penelur tidak pernah dikahwinkan untuk bertelur. 3. grower -- ayam pedaging selepas umur 14 hari sehingga saat dipanen sekitar 45-50 hari 4. parent stock -- ayam pembiak baka 5. grand parent stock --ayam yang menghasilkan keturunan pembiak baka 6. pure lines -- ayam yang menghasilkann keturunan grand parent stok 7.broiler --ayam pedaging 8. layer --ayam penelur terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut: - Day old Chick = anak ayam sehari
- Pullet = ayam dara
- Grower = ayam kecil
- Parent stock = stok induk
- Grandparent stock = stok tuai induk
- Pure line = keturunan tulen
- Broiler = Ayam pedaging
- Layer = Ayam penelur
| Istilah | 30.01.2019 |
Pada hari minggu, Kim Ho akan pergi ke ladang ternakan kambing. Adakah ayat ini betul? | Ayat ini betul. | Tatabahasa | 09.11.2014 |
encik lim memohon pinjaman dari bank untuk menjalankan projek ternakan ayam telur tuan, saya tidak faham mengapakah kesalahan ialah dari..dan bukannya ayam telur | Betul seperti pendapat saudara, penggunaan yang kurang tepat dalam ayat tersebut ialah dari dan bukannya ayam telur. | Tatabahasa | 03.08.2011 |
Apakah bezanya kekah dan korban | Encik Ismail terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. akikah- Ar penyembelihan binatang ternakan (lembu, kambing) yg dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pd hari ketujuh) sbg tanda kesyukuran kpd Allah;
korban- Ar 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~;
| Makna | 20.10.2009 |
nak tahu mengenai terminologi:- limau,belimbing dll = hasilan buah-buahan daging,ayam,kembing = ternakan kerepek ubi,pisang = ????? sila maklumkan pd saya. | Soalan saudara tidak jelas. Aspek apakah yang saudara ingin tahu? sekiranya tentang makna saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 22.02.2008 |