Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
ternampak-nampak
[ter.nam.pa/.nam.pa/] |
ترنمڤق-نمڤق
Definisi :
seolah-olah nampak pd pandangan mata, terpandang-pandang, terbayang-bayang;
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
nampak
(
kata kerja
)
Bersinonim dengan
tengok
,
melihat
,
memandang;
,
Kata Terbitan :
nampaknya
,
menampakkan
,
ternampak
,
ternampak-nampak
,
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(3)
Kamus Bahasa Inggeris
(6)
Kamus Thai Melayu Dewan
(2)
Khidmat Nasihat
(1)
Glosari Dialek Kedah
(2)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Khidmat Nasihat
Soalan
Jawapan
Jenis Soalan
Tarikh Soalan
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak? 1. Dalam perjalanan pulang, Ibu Angsa tidak nampak Si Ketam yang duduk di tepi tasik. 2. Setelah memerikda sangkar Dodo, baru;ah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa Dodolah beruang yang terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannya yang cuai. Jika Dodo terlepas dan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku. 3.Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda," kata bapa arnab sambil memotong/memangkas bunga. 4. Keesokan hari/keesokan harinya 5. Jom kita main baling-baling buah? ajak Si Tupai Kelabu. 6. Sedang Si Buaya termenung, tiba-tiba dia nampak seekor monyet sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain. 7. Tiba-tiba, Si Buaya berenang masuk ke dalam air sehingga air melepasi kepala Si Monyet pula. 8. Ha...ha...ha..kamu telah ditipu, wahai Si Buaya yang jahat! Hati saya tidak pernah tanggalkan badan saya,"kata Si Monyet.
Ayat nombor 1 betul.
Ayat nombor 2 perlu diperbetulkan seperti yang berikut: Setelah memeriksa sangkar Dodo, barulah pengawal keselamatan itu menyedari bahawa Dodo terlepas dari sangkar itu. Pengawal itu menyesali perbuatannya yang cuai. Jika Dodo terlepas dan bertindak ganas terhadap manusia, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku.
Ayat nombor 3 perlu dimasukkan tanda " " kerana merupakan dialog. "Gunting ini boleh digunakan untuk menggunting banyak benda." Kata bapa arnab sambil memangkas bunga.
Ayat nombor 4 perlu diperbetulkan seperti yang berikut: Pada keesokan hari/harinya
Ayat nombor 5 perlu dimasukkan tanda " " kerana merupakan dialog. "Jom kita main baling buah." Ajak Si Tupai Kelabu.
Ayat nombor 6 perlu diperbetulkan seperti yang berikut: Sedang Si Buaya termenung, tiba-tiba Si Buaya ternampak seekor monyet sedang bergayut dari sebatang pokok ke pokok yang lain.
Ayat nombor 7 dan nombor 8 tidak difahami dan tidak jelas.
Penyemakan dan penterjemahan
10.12.2018
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...