Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.nya.ta] | ترڽات

Definisi : 1. sudah nyata (nampak dgn terang), terbukti, ketahuan, ketara: bakal jodoh yg dipilihnya ~ sudah ada yg punya; ke­sa­lahannya sudah ~; 2. sudah tersebut (tertulis, tercatat, dll), tersiar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.nya.ta] | ترڽات

Definisi : 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk istilah ekonomi yang berikut? 1. Revealed-preference method 2. Stated-preference method Terima kasih.

1. revealed preference method - kaedah keutamaan ternyata

2. stated preference method - kaedah keutamaan keadaan

Istilah27.10.2011
Assalammualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan penggunaan perkataan "parkir" di Malaysia. Menurut pengetahuan saya, perkataan tersebut merupakan perkataan Indonesia. Saya juga merujuk kepada laman sesawang DBP Carian PRPM dan ternyata benar, di ruangan khidmat nasihat pihak DBP memberi maklum balas bahawa perkataan parkir adalah istilah Indonesia. Namun, saya merasa hairan mengapakah di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya digunakan istilah "tempat parkir" di kebanyakan kawasan letak kereta? Mohon penjelasan lanjut daripada pihak DBP.Untuk makluman,  "parkir" ialah perkataan Indonesia dan tidak diterima sebagai perkataan yang rasmi dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, "parkir" ialah tempat letak kereta atau tempat letak kenderaan. Penggunaan "parkir" di kawasan berkenaan mungkin  disebabkan pihak yang berkenaan tidak merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah27.11.2015
Salam sejahtera, Saya ingin lebih memahami, apakah kriteria sesuatu perkataan dapat tersenarai sebagai bahasa pasar di dalam Kamus. Kerana saya lihat ada beberapa pertkataan yang tidak saya duga di klasifikan sebagai bahasa pasar (bp), tetapi ternyata sebaliknya. Contoh sepert: "ujan" "bapak" dll yg mana begitulah perkataannya di ucapkan dalam ranah tidak rasmi, dengan penghilangan "h" pada "hujan" dan penambahan "k" pada "bapa". Manakala perkataan seperti berikut tidak tersenarai sebagai bahasa pasar di dalam Kamus: "paham", "pikir", "bawak", "pulak","utang" Dan saya pasti masih ada banyak perkataan lainnya. Dengan jawapannya, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Salam hormat, Ahmad Shah
Bahasa pasar ialah bahasa yang tidak baku yang ditutur tidak mengikut tatabahasa yang betul, biasanya ditutur oleh penutur bukan Melayu dan mereka terpengaruh dengan gaya bahasa ibunda masing-masing.

Untuk makluman tuan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. 

Tatabahasa07.04.2020
Bagaimana kita nak pastikan pengejaan kata majmuk itu dilakukan secara berjauhan atau berdekatan. Adakah kata kunci khusus yang boleh kita jadikan panduan.Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah: antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, pesuruhjaya.Tatabahasa10.02.2009
Mengapa perkataan 'ada kala' dieja jauh sedangkan 'kadangkala' dieja dekat ? Begitu juga dengan ejaan 'sering kali' dieja jauh sedangkan 'barangkali' dieja dekat ?Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan kadangkala dan barangkala merupakan sebahagian daripada kata majmuk yang tersebut (rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 74).Tatabahasa09.04.2010
kata majmuk yang telah dimantapkan

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat beberapa kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh, walaupun perkataan tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Bentuk kata tersebut yang tergolong sebagai kata nama ialah: antarabangsa, pesuruhjaya, bumiputera, setiausaha, jawatankuasa, sukarela, kakitangan, suruhanjaya, kerjasama, tanggungjawab, olahraga, matahari, tandatangan dan warganegara.                                   

Tatabahasa02.11.2009
saya masih tidak berpuas hati mengenai jawapan yang di berikan berkaitan soalan saya yang bertarikh 1/04/2010. Adakah pihak dbp membuat perubahan terhadap penggunaan tanda baca koma dalam menghuraikan sesuatu perkara?. contohnya:warna na kegemaran saya ialah biru, merah, kuning dan hitam. saya mendapat jawapan seperti berikut: di rumah saya terdapat kerusi, meja katil dan almari. Jawapan tersebut ternyata jauh berbeza dari yang saya pelajari di sekolah. sila jelaskan.

Saudara Shahfizan,

Bagi penyenaraian yang setara atau sama tanda koma tidak digunakan sebelum kata sendi nama dan. Contoh: Warna biru, merah, kuning dan hitam. Saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan untuk keterangan lanjut.    

Tatabahasa10.04.2010
Assalamualaikum tuan,mohon pihak tuan menyertakan senarai 15 perkataan yang ditulis rapat untuk kegunaan (untuk dimaklumkan) di dalam kursus penulisan surat rasmi dan kursus fail dan rekod di jabatan kami pada 26/3/2014.Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Sekian.Wassallam.Kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh, walaupun perkataan tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar ialah 1. bumiputera, 2. jawatankuasa,
3. kakitangan, 4. kerjasama, 5. warganegara, 6. olahraga, 7. setiausaha, 8. sukarela, 9. suruhanjaya,
10. tandatangan, 11. tanggungjawab, 12. matahari, 13. beritahu, 14. antarabangsa dan 15. pesuruhjaya.
Tatabahasa21.03.2014
Tuan, Adakah perkataan PENERIMA BIAYA sesuai digunakan kepada pelajar yang menerima pembiayaan pendidikan? Sebelum ini pihak kami menggunakan perkataan PEMINJAM bagi pelajar yang menerima pinjaman PTPTN. Walaubagaimanapun perkataan tersebut dicadangkan ditukar kepada PENERIMA BIAYA selaras dengan pertukaran kaedah pinjaman kepada pembiayaan berasaskan syariah (perkataan "pinjaman" juga ditukar kepada "pembiayaan"). Sekian, terima kasih.

Encik Mohamad Nasdi, terima kasih kerana menggunakan khidmat Nasihat DBP.

Jika melihat daripada makna yang diberikan oleh kamus DBP, ternyata   perkataan pinjaman lebih tepat dibandingkan dengan biaya. Kerana biaya tidak perlu membayar balik sementara pinjaman perlu memulangkan balik apa yang dipinjam.

memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat sementara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn membayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP;

perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara;

Makna01.04.2009
Adakah ayat berikut betul? 1. badan lembu berat tetapi badan kucing ringan. 2. Halim ialah kaum Melayu. 3. Air di air terjun sangat sejuk. Sekiranya salah bolehkah saya tahu apakah ayat yang betul tetapi masih membawa maksud yang sama? Terima kasih

Penggunaan kata hubung tetapi dalam Ayat 1: “ Badan lembu berat tetapi badan kucing ringan” betul dari segi tatabahasa tetapi tidak begitu sesuai dan tepat dari segi makna kerana perkara yang dibandingkan ialah perkara yang berbeza untuk maksud berlawanan dan perkara tersebut telah ternyata, sepatutnya  ayat yang lebih gramatis ialah Badan lembu lebih berat berbanding dengan badan kucing.  Ayat kedua yang betul ialah  “ Halim ialah bangsa Melayu/ Halim berbangsa Melayu / Halim ialah orang Melayu/ Halim orang Melayu. Ayat ketiga yang betul ialah  “ Air terjun sangat sejuk”

Tatabahasa16.03.2018
12

Kembali ke atas