maksud perkataan 'autoritatif' | Saudara, Perkataan autoritatif bermaksud 1. diiktiraf (diakui, diterima) sbg yg benar atau yg boleh dipercayai dan dijadikan pegangan: pd umumnya kecekapan sesuatu bahasa itu terpancar dlm kamus yg ~ dlm bahasa yg berkenaan; makalah yg ~ tentang masalah yg dihadapi peniaga-peniaga kecil; 2. (penuh) berkuasa, berwibawa. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 03.10.2009 |
Adakah perkataan"citra" diterima dan digalakkan untuk ditulis dalam karangan spm untuk menggantikan perkataan "imej". | Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 440 dan 818) citra kata nama 1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu pihak secara umum menurut tanggapan orang atau pihak lain: Citra ini terbina hasil daripada himpunan kegiatan kakitangan UKM yang mengharumkan namanya di dalam atau di luar negara. Salah satu aspek untuk membentuk sikap patriotisme adalah dengan mencintai bahasa kerana bahasa merupakan citra sebuah bangsa. 2 bahasa klasik gambar, lukisan atau arca; imej kata nama 1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu menurut tanggapan orang atau pihak lain; citra: Perubahan imej Jabur daripada kekampungan kepada kebandaran menjadi tanda tanya kawan-kawannya. Perbuatan gadis itu betul-betul memalukan nama dan imej sekolah kami. 2 gambaran seseorang atau sesuatu objek dalam fikiran: Tiba-tiba terbayang imej ayahnya sedang bekerja. Imej rumah berhantu itu menakutkan saya. 3 gambaran mental atau asosiasi idea seseorang pengarang dalam sesebuah karya: Sastera Melayu banyak melukiskan imej-imej tradisi. imej wanita dalam novel-novel Khadijah Hashim; 4 gambar, terutamanya yang diukir menyerupai seseorang atau sesuatu: Dia menghulurkan kepingan emas dengan imej binatang yang menyerupai seekor lembu. 5 Fizik salinan sesuatu objek yang dihasilkan secara pemfokusan sinaran elektromagnet, bunyi atau cahaya yang terpancar daripada objek atau yang terpantul oleh objek; Pengantian kata hanya memenuhi sebahagian daripada makna dan penggunaannya dalam konteks tertentu. Secara umumnya, kata citra lebih bersifat kejatidirian berbanding kata imej yang bersifat kata pinjaman. | Makna | 18.05.2023 |
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya adakah gemerlap ialah kata adjektif. Jika ya, saya terjumpa satu rujukan terbitan DBP (Tatabahasa Dewan Bentuk Kata m/s85) yang memberi satu contoh gemerlap ialah kata nama selepas berlaku proses sispan -em-. Saya ingin kepastian sahaja bukan mencari kesalahan. Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 659), kata gemerlap diberikan dua kelas kata iaitu kata adjektif dan kata nama. Sila lihat takrifan entri ini. gemerlap kata adjektif 1 (bkn lampu, berlian, bintang dll) bersinar atau berkilau-kilau cahayanya: Mahkotanya bertatahkan permata berlian yg gemerlap. 2 (bkn sso atau sst) cemerlang dan hebat krn banyak kejayaan dicapai atau dicipta dlm sst bidang: Tahun ini, pasukan Cameron lebih gemerlap berbanding tahun lalu. kata nama 3 cahaya yg bersinar atau berkilau-kilau pd lampu, berlian, bintang dll: Tataplah gemerlap bintang-bintang yg bertaburan di langit malam. 4 sinar kecemerlangan atau kehebatan sso atau sst: Gemerlap kehebatan pasukan itu yg mengungguli Liga Perdana kian terpancar. Kelas kata yang digunakan adalah mengikut penggunaan dan konteks bagi kata tersebut. | Lain-lain | 30.06.2021 |