Adakah ayat ini betul ? 'Murid yang terpandai ialan Nadia'. Saya kurang yakin kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa 'terpandai' tidak boleh wujud pada bahagian subjek ayat. Harap dapat membantu. Terima kasih. | Murid yang terpandai ialah Nadia (Ayat 1). Ayat ini disongsangkan daripada ayat asal Nadia ialah murid yang terpandai (Ayat 2). Nadia menjadi subjek ayat dan terpandai merupakan sebahagian daripada predikat ayat yang telah dikedepankan dalam Ayat 1. | Tatabahasa | 12.09.2012 |
Dengan berdasarkan jawapan tuan tentang soalan saya ' Murid yang terpandai ialan Nazilah'. Tuan menjelaskannya dengan memberikan cara pendepanan predikat. Walau bagaimanapun, saya masih keliru kerana cara pendepanan yang tuan tunjukkan tidak terdapat dalam contoh pendepanan yang yang ditunjukkan dalam tatabahasa Dewan Edisi ketiga ( muka surat478-483). Terima kasih. | Pembetulan terhadap jawaban kami sebelum ini. Ayat Murid yang terpandai ialan Nazilah bentuk ayat biasa. Murid yang terpandai menjadi subjek ayat. Perkataan terpandai boleh wujud dengan adanya kata hubung pancangan relatif 'yang'. Hal ini ada diterangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 569, di bawah tajuk: Peluasan Frasa Nama Sebagai Subjek. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 13.09.2012 |
Salam sejahtera. Adakah ayat- ayat yang berikut betul ? 1 Merawat doktor kaki adik. 2. Mengayuh Hamid basikal ke sekolah. 3. Pelajar terpandai Ahmad di sekolah. 4. Berkereta Encik Wong ke pejabat. Terima kasih. | Susunan ayat yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Doktor merawat kaki adik. 2. Hamid mengayuh basikal ke sekolah. 3. Ahmad pelajar terpandai di sekolah. 4. Encik Wong berkereta ke sekolah. | Tatabahasa | 07.09.2018 |
jamil teramat kesal akan kelakuan isterinya....betul atu tidak penggunaan kata teramat kesal? | betul. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada diterangkan tentang ungkapan Darjah Penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: i. Se- + kata adjektif + gandaan + nama (sepandai-pandai tupai) ii. Ter- + kata adjektif (terpandai) iii. Paling + kata adjektif (paling pandai) iv. Ter- + amat/sangat + kata adjektif (teramat/tersangat cantik) v. Amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat/sangat/sungguh cantik sekali) Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman 245 dan 260. | Tatabahasa | 03.09.2012 |
Salam sejahtera. Saya maklum dengan jawapan tuan pada 12.9.2018 bagi soalan saya yang bertarikh 7.9.2018. Walau bagaimanapun, maksud saya ialah ayat yang saya berikan itu muncul dalam kategori ayat songsang. Maka adakah ayat-ayat itu ialah ayat songsang yang betul ? Sekiranya tidak, bagaimanakah ayat songsang yang betul bagi ayat-ayat tersebut. Terima kasih | Soalan Tuan, Salam sejahtera. Adakah ayat- ayat yang berikut betul ? 1 Merawat doktor kaki adik. 2. Mengayuh Hamid basikal ke sekolah. 3. Pelajar terpandai Ahmad di sekolah. 4. Berkereta Encik Wong ke pejabat. Terima kasih. Susunan ayat songsang adalah seperti yang berikut: 1. Doktor merawat kaki adik. ( susunan biasa) 2. Kaki adik doktor merawat (susunan songsang) 1. Hamid mengayuh basikal ke sekolah.( susunan biasa) 2. Ke sekolah hamid mengayuh basikal (susunan songsang) 1. Ahmad pelajar terpandai di sekolah.( susunan biasa) 2. Di sekolah Ahmad pelajar terpandai (susunan songsang) 1. Encik Wong berkereta ke pejabat .( susunan biasa) 2. Ke pejabat encik Wong berkereta (susunan songsang) | Tatabahasa | 15.09.2018 |
Salam sejahtera, Apakah perbezaan antara imbuhan awalan ter- dengan "paling" dalam penggunaan kata adjektif dari segi darjah penghabisan. | Tidak ada perbezaan antara imbuhan awalan ter- dengan kata penguat "paling" dalam penggunaan kata adjektif dari segi darjah penghabisan. Tuan/puan boleh memilih sama ada menggunakan awalan ter- + kata adjektif atau penguat paling + kata adjektif. Kedua-duanya bermaksud penanda darjah penghabisan. 1. Ali pelajar terpandai dalam kelas tersebut atau 2. Ali pelajar paling pandai dalam kelas tersebut. Kedua-dua ayat membawa maksud yang sama. | Tatabahasa | 03.11.2016 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Selain itu,ibu bapa juga bertujuan hendak memajukan perkembangan anak-anak dalam pelajaran.Mereka hendak melihat anak-anak mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.Ibu bapa ingat kelas tuisyen amat diperlukan oleh anak-anak mereka.Bagi pendapat mereka,cikgu tuisyen lebih berpengetahuan dan berpengalaman daripada cikgu sekolah.Di samping itu,ibu bapa berkeinginan anaknya perlu menjadi pelajar terpandai dalam kelas.Oleh itu,ibu bapa memberi tekanan kepada anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tuisyen. | Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing tuan membina ayat dengan betul. Seelok-eloknya bertanya dengan guru, rujuk sebarang permasalahan bahasa dengan guru kerana mereka dapat membimbing tuan secara berdepan. Untuk makluman tuan juga, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan peperiksaan kerana selain bahasa yang perlu diteliti, ketepatan fakta juga perlu diperhati.
| Tatabahasa | 29.09.2015 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Selain itu,ibu bapa juga bertujuan hendak memajukan perkembangan anak-anak dalam pelajaran.Mereka hendak melihat anak-anak mereka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.Ibu bapa ingat kelas tuisyen amat diperlukan oleh anak-anak mereka.Bagi pendapat mereka,cikgu tuisyen lebih berpengetahuan dan berpengalaman daripada cikgu sekolah.Di samping itu,ibu bapa berkeinginan anaknya perlu menjadi pelajar terpandai dalam kelas.Oleh itu,ibu bapa memberi tekanan kepada anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tuisyen. | Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
Mohon jelaskan mengenai Kata Penguat. Wujudkah had maksimum penggunaan kata penguat dalam satu ayat? Contoh ayat. Sungai itu terlalu amat sangat dalam sekali . Adakah penggunaan ayat tersebut betul dari segi tatabahasanya? terima kasih... | Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada diterangkan tentang ungkapan Darjah Penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: i. Se- + kata adjektif + gandaan + nama (sepandai-pandai tupai) ii. Ter- + kata adjektif (terpandai) iii. Paling + kata adjektif (paling pandai) iv. Ter- + amat/sangat + kata adjektif (teramat/tersangat cantik) v. Amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat/sangat/sungguh cantik sekali) Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman 245 dan 260. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Mohon jelaskan secara rinci tentang perbezaan serta fungsi kata 'ialah' dan 'adalah' dalam ayat.Berikan contoh- contoh ayatnya sekali.Terima kasih. | "Ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, contohnya "punca kemalangan itu ialah kecuaian". "Adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contohnya; "hadiah itu adalah utk murid terpandai". | Tatabahasa | 20.06.2009 |