Terpedaya atau terperdaya? | Ejaan yang betul ialah terperdaya. | Ejaan | 07.10.2013 |
penggunaan kata hubung yang betul terpedaya dengan seruan atau terpedaya oleh seruan | Kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 24.04.2013 |
salam sejahtera. saya keliru akan ejaan perkataan 'terperdaya' ATAU 'terpedaya'. KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT m/s 321 memberikan ejaan 'terperdaya' tetapi DAFTAR KATA BAHASA MELAYU EDISI KEDUA m/s 460 memberikan ' terpedaya'. Harap tuan dapat membantu. terima kasih. | Kedua-dua data terakam dalam Kamus Pelajar dan Kamus Dewan. Walau bagaimanapun ejaan "terpedaya" lebih banyak ditemukan berbanding dengan "terperdaya". Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi yang diterbitkan pada tahun 2008, merakamkan ejaan "terpedaya". Berdasarkan maklumat yang tersebut, kami cadangkan tuan menggunakan perkataan "terpedaya" kerana data terbaharu terakam dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi. | Ejaan | 13.08.2013 |
1. Apakah kata dasar terpedaya? 2. Manakah ejaan yang betul terperdaya atau terpedaya? Atau kedua-dua perkataan berbeza? | Kata dasar terperdaya ialah daya dan ejaan yang betul ialah terperdaya. | Ejaan | 01.10.2010 |
Ada di antara mereka yang inginkan kekayaan dengan cara cepat, mudah terpedaya oleh tipu helahnya. munsyi, adakah inginkan gramatis dalam ayat ini? inginkan atau ingin akan. TK | Penggunaan perkataan inginkan dalam ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 15.05.2012 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Selain itu,pengaruh rakan sebaya juga ialah suatu faktor remaja terjebak dalam isu ini.Remaja mudah terpedaya akan kata-kata rakan sebaya dan melakukan kegiatan negatif seperti membuli.Remaja yang berkawan dengan pembuli juga akan mencontohi perbuatan rakan mereka dan membuli pelajar lain.Mereka tidak sedar akan kesalahan dan hanya mengikut percakapan rakan seperti kerbau dicucuk hidung. | Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga ialah suatu faktor remaja terjebak dalam isu ini. Remaja yang berkawan dengan pembuli juga akan mencontohi perbuatan rakan mereka dan membuli pelajar lain. Mereka tidak sedar akan kesalahan dan hanya mengikut arahan rakan seperti kerbau dicucuk hidung. Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
| Tatabahasa | 28.09.2015 |
Bagaimanakah kita membezakan penggunaan 'mengabui' dan 'mengaburi'? (kabur) | Mengabui ialah 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai. Mengaburi pula ialah menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 16.08.2010 |
soalan 1 1. Anizah _________ dinaikkan pangkat walaupun dia sudah berkhidmat selama 12 tahun A. belum pernah B. masih belum kenapa memilih jawapan tersebut soalan 2 Pilih jawapan yang betul A. Aziah tidak perempuan yang mementingkan harta B. Lawatan ke Sarawak itu tidak cadangannya. C.Ainah bukan mudah terpedaya akan pujuk rayu jurujual itu. D.Roti itu tidak buatan syarikat tempatan mana satu jawapanya?kenapa memilih jawapan tersebut | 1. Dari segi tatabahasa bahasa Melayu, kedua-dua jawapan yang diberikan, iaitu "belum pernah" dan "masih belum" adalah betul dan boleh digunakan. 2. Semua jawapan yang diberikan adalah salah kerana penggunaan perkataan "bukan" dan "tidak" adalah tidak betul. Soalan A, B dan D sepatutnya menggunakan perkataan "bukan", dan soalan C sepatutnya menggunakan "tidak". | Tatabahasa | 19.04.2012 |
Pergolakan di Indonesia belakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya A sejak belakang ini bergerak sangat laju B belakangan ini bergerak amat cepat C sejak belakangan ini berjalan dengan pantas D belakangan ini berjalan sangat cepat munsyi, apakah jawaban yang sesuai. TQ Ada di antara mereka yang inginkan kekayaan dengan cara cepat, mudah terpedaya oleh tipu helahnya. munsyi, adakah inginkan betul dalam ayat ini? TQ | 1. Jawapan yang betul ialah: D belakangan ini berjalan sangat cepat 2. Perkataan "inginkan" adalah salah dalam ayat yang diberikan. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu; i. dalam ayat pasif bagi kata ganti diri nama orang pertama dan orang kedua, contohnya: Rencana-rencana itu saya bukukan. Rumah itu kami dirikan bersama-sama. ii. dalam ayat suruhan, contohnya: Tolong padamkan lampu itu. Harap matikan enjin kereta anda.
| Tatabahasa | 25.03.2012 |