Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pe.gun] | ترڤݢون

Definisi : kaku dan tidak dapat berkata-kata (kerana terperanjat dll): dia ~ berdiri di pintu dgn mulutnya ternganga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pe.gun] | ترڤݢون

Definisi : tercegat serta tidak dpt berkata apa-apa kerana terperanjat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegun
Kata Terbitan : terpegun,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Pelancong-pelancong yang melawat ke bangunan bersejarah itu terpegun oleh keindahan seni bina yang begitu unik sekali. (Sila tunjukkan kesalahan dalam ayat ini) 2. Apakah perbezaan antara imbuhan men... dan men...kan?

1. Ayat ini betul.

2. Awalan meN- ialah awalan untuk membentuk kata kerja aktif, meN- boleh menjadi me- (memasak nasi). meN- menjadi mem- (membaca buku), meN- menjadi men- ( mencuci pakaian), meN- menjadi meng- (menggali lubang). Manakala apitan men-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan mempunyai kelainan seperti awalan meN-. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191. 

Tatabahasa21.10.2009
1) Adakah perkataan jatuh boleh digunakan dalam ayat di bawah meskipun dalam kamus dewan edisi keempat ada menyatakan jatuh juga bermaksud terbenam. - Para pelancong terpegun melihat matahari jatuh di kaki langit. 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur bahasa? - Jamil hanya makan rambutan satu biji sahaja. -Ayah membeli kereta baru di kedai itu. - Banyak murid pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.1) Dalam konteks ayat tersebut, penggunaan yang betul ialah terbenam.
2) Jamil hanya makan rambutan satu biji sahaja. Apabila didahului kata hanya, kata sahaja tidak perlu hadir dalam ayat tersebut.
3) Ayah membeli kereta baharu di kedai itu. Betul.
4) Banyak murid pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. Kata dengan dan menaiki tdak iboleh hadir secara berturutan.
Tatabahasa02.08.2013
tolong semak ayat saya... adakah ayat yang saya senaraikan ini mengandungi frasa kerja tak transitif? 1. lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu. 2. kelihatan di sedang menulis sesuatu di kertas iitu dan dihulurkan kepada lelaki itu. 3. lelaki itu membaca dan kemudian menggelengkan kepala. 4. perempuan itu merenung tajam ke arah lelaki itu. 5. dia diam seketika, sambil matanya terkelip-kelip memandang syiling wad yang kaku itu. 6. siang dan malam lelaki itu menunggu perempuan itu dengan tabah dan sabar. 7. anak di rumah, pandai-pandai sahaja unutk mengurus diri sendiri. 8. sambil tersenyum, dia menegurku mesra. 9. dia tidak sanggup meninggalkan isterinya tanpa ditemani walau sesaat pun. 10. dua belas tahun yang lalu di telah dibedah di Singapura. 11. aku sangat kagum dengan lelaki itu dan terkesan dengan kesabarannya melayani karenah isterinya yang pelbagai macam itu. 12. calang-calang suami tidak akan sanggup membelai isterinya yang terbujur di katil itu. 13. perlahan-lahan dia duduk di atas kerusi di sisi katil isterinya. 14. saya gembira ibu melawat saya. 15. ketika akau melangkah pulang aku melihat bahawa dia masih tersenyum riang. 16. dia mencapai tanganku dan menciumnya. 17. hati kecilnya tidak putus-putus mendoakan semoga dia akan pulih. 18. kita janganlah lupa untuk terus beristighfar dan reda dengan apa-apa yang berlaku,. 19. aku terkesima dan kagum dengan ketabahan isterinya,.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Walau bagaimanapun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, namun unsur ini bukanlah dianggap sebagai objek (tidak boleh dipasifkan), sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap.

Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap: beransur (pulih), tinggal (di bandar), menjadi (guru), berbuat (baik), ada (keluarga) dan berbantalkan (lengan)

Contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap: bangun, tumbang, pulang, menangis, menjerit, berkibaran, berjalan, tersenyum, terpegun, menguning, melancong dan meninggi.

Sebagai seorang bakal guru saudara perlu lebih mengenali pelbagai aspek tatabahasa termasuklah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Merujuk ayat  Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas kosong kepada perempuan itu - menghulurkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap. Untuk ayat yang seterusnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 88-90 dan halaman 385-394.

Tatabahasa24.03.2011

Kembali ke atas