Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pe.nga.ruh] | ترڤڠاروه

Definisi : kena pengaruh, dipengaruhi, dikuasai: ~ oleh prasangka; ~ oleh kata-kata manis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pe.nga.ruh] | ترڤڠاروه

Definisi : dipengaruhi; kena pengaruh: Jangan ~ dgn anasir-anasir jahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengaruh (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat, daulat, kekuatan, graviti, tekanan;,
Kata Terbitan : berpengaruh, mempengaruhi, terpengaruh,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
terpengaruh oleh atau terpengaruh denganKedua-dua perkataan oleh dan dengan boleh digunakan.Tatabahasa29.04.2013
1. apakah perbezaan antara "antara...dengan" dan "antara...dan"? mana satu betul? 2. "terpengaruh dengan" atau "terpengaruh oleh" betul?1. pasangan kata sendi nama antara dan frasa sendi nama di antara ialah dengan bukan kata hubung dan. Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata sendi nama antara diikuti oleh lebih daripada du frasa. Contoh:- Antara Siti dengan Sarah, Sarahlah yang lebih pintar.- Satu pertemuan akan diadakan antara Perdana Menteri, Menteri Kerja Raya, dan Menteri Pengangkutan pada Minggu ini. 2. Kedua-duanya betul kerana kata ‘dengan’ juga membawa maksud ‘oleh’ begitu juga sebaliknya. Sila rujuk KD4.

 

Makna19.10.2008
adalah boleh jika kita menggunakan kata tanya dalam ayat, tetapi pada akhir ayatnya kita tidak menggunakan tanda tanya? contohnya "hal ini berlaku, bila remaja terpengaruh dengan rakan sebaya.'"Hal ini berlaku bila remaja terpengaruh dengan rakan sebaya. Ayat yang betul ialah: hal ini berlaku apabila remaja terpengaruh dengan rakan sebayanya. Di sini tidak memerlukan penggunaan tanda tanya kerana ayatnya bukan ayat tanya tetapi ayat penyata. Penggunaan kata tanya dalam ayat tersebut salah sepatutnya digunakan kata apabila.Tatabahasa11.05.2007
Anak gadisnya dibimbing dengan nilai-nilai keagamaan agar tidak mudah dipengaruhi oleh perubahan zaman. munsyi, adakah terpengaruh lebih sesuai digunakan ? TQPerkataan dipengaruhi atau terpengaruh boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.
Tatabahasa16.02.2012
Assalamualaikum. Saya ingin tahu padanan paling tepat bagi istilah 'alpha users' - merujuk kepada individu yang mudah terpengaruh dengan tarikan idea tertentu dan mungkin menyebarkannya. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "alpha users". Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pengguna alfa.Istilah01.04.2013
apakah maksud marcapada dan mayapadaMarcapada bermakna dunia sekarang ini. Contoh ayat : Orang Mukmin yang tidak terpengaruh dengan marcapada yang penuh dengan tipu daya. Mayapada bermaksud dunia dan sama makna dengan marcapada.Makna29.11.2007
senaraikan ciri-ciri bahasa pasar?Bahasa pasar ialah bahasa yang tidak baku yang ditutur tidak mengikut tatabahasa yang betul, biasanya ditutur oleh penutur bukan Melayu dan mereka terpengaruh dengan gaya bahasa ibunda masing-masing.Lain-lain07.10.2006
Apakah peranan dan kepentingan laras bahasa dalam bidang keagamaan?Laras bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya atau ragam bahasa termasuk bahasa agama. Laras bahasa agama mempunyai gaya tersendiri dan kadangkala terpengaruh dengan cara bahasa Arab,Lain-lain09.10.2006
Adakah macam mana dikatogarikan sebagai bahasa pasar sekian terima kasihBahasa pasar ialah bahasa yang tidak baku yang ditutur tidak mengikut tatabahasa yang betul, biasanya ditutur oleh penutur bukan Melayu dan mereka terpengaruh dengan gaya bahasa ibunda masing-masing.Tatabahasa25.10.2013
adakah bahasa basahan/pasar tergolong dalam sebutan johor-riau?

Bahasa pasar ialah bahasa yang tidak baku yang ditutur tidak mengikut tatabahasa yang betul, biasanya ditutur oleh penutur bukan Melayu dan mereka terpengaruh dengan gaya bahasa ibunda masing-masing. Manakala bahasa johor riau pula ialah bahasa yang kita gunakan pada masa ini yang tidak menyebut sesuatu perkataan mengikut sebutannya. Contohnya sebutan perkataan  saya disebut saya  bagi sebutan bahasa baku manakala dalam bahasa Johor Riau disebut saye. Oleh itu, bahasa johor riau bukanlah bahasa pasar yang dituturkan dalam situasi tidak rasmi.

Tatabahasa11.06.2010
12

Kembali ke atas