Why does the spider not get stuck in its own web? Mengapakah labah-labah tidak terperangkap di dalam sarang sendiri? adakah terjemahan ayat tersebut adalah betul? | Terjemahan yang betul bagi ayat yang diberikan ialah: Mengapakah labah-labah tidak terperangkap pada sarang sendiri? | Makna | 16.07.2018 |
1. Murid-murid ( menghiasi / menghiaskan / menghias ) pentas dengan kain dan bunga hiasan. 2. Ahli bomba ( mengguna / menggunakan ) kapak untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta. | 1. Murid-murid menghias pentas dengan kain dan bunga hiasan. - menghias, bermaksud menjadikan sesuatu lebih cantik (dengan barang yang indah-indah, gambar dan lain-lain) 2. Ahli bomba menggunakan kapak untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta. - menggunakan, bermaksud melakukan sesuatu dengan ____ . | Tatabahasa | 30.09.2010 |
adakah ayat-ayat di bawah ini betul?jika salah, tolong betulkan, terima kasih. 1)Para tetamu yang hadir dijemput masuk ke dalam dewan. 2)Sila nyanyikan sebuah lagu irama asli, sudah lama saya tidak mendengarnya. 3)Saya tidak dapat menamatkan semua soalan. 4)Datuk saya melawati adiknya. 5)Buah-buahan yang baru dipetiknya itu segar-segar. 6)Mereka terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. | 1. Ayat (1), (2), (3) dan (4) betul. 2. Ayat (5): Penanda jamak boleh wujud sekali sahaja dalam satu ayat, maka ayat kelima dibetulkan menjadi "Buah-buahan yang baru dipetiknya itu segar belaka". 3. Ayat (6): Mereka terperangkap dalam kesesakan jalan raya. | Tatabahasa | 15.08.2013 |
Selamat Pagi. Yang manakah betul: negeri-negeri dalam/di Lingkungan Pasifik? Terima kasih. | Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dalam, dari, daripada dan kepada. Setiap kata sendi nama mempunyai tugas dan fungsi yang berlainan dan penggunannya ditentukan oleh peraturan yang khusus. Kata sendi nama "dalam" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti hal, perkara, urusan, peristiwa, bahasa, bidang dan sebagainya. Contoh penggunaan: - Dalam hal ini, kami semua setuju.
- Perkara itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat yang lalu.
- Malaysia pernah terperangkap dalam kegawatan ekonomi.
- Hassan sudah lama berkecimpung dalam bidang seni lakonan.
Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya, contohnya; di bawah, di sekolah, di dalam hutan, di antara negeri Johor dengan Singapura. Berdasarkan soalan tersebut, cadangan jawapan yang sesuai ialah “negeri-negeri dalam lingkungan Pasifik”.
| Lain-lain | 14.06.2023 |