Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pe.ran.jat] | ترڤرنجت

Definisi : kaget, terkejut: pengemis itu ~ dan kagum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pe.ran.jat] | ترڤرنجت

Definisi : tiba-tiba tergamam, terlompat dsb kerana melihat sesuatu yg tidak disangka-sangka; terkejut: Dia ~ melihat ayahnya berlumuran darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peranjat
Kata Terbitan : memeranjatkan, terperanjat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya, apakah kata dasar bagi 'terperanjat' ?

Kata dasar bagi perkataan terperanjat ialah peranjat. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Lain-lain20.04.2010
Adakah ia betul untuk sekolah/tadika menggunakan buku bahasa melayu yang menggunakan perkataan seperti "gogel" (kaca mata renang), "Barbeku" (barbeque) "snek" (makanan ringan) / "stimbot". Ini bukan perkataan bahasa melayu dan ada pula pelbagai jenis buku dengan pelbagai perkataan bahasa lain. Saya risau kanak-kanak tidak dapat membezakan mana satu yang betul? Terperanjat saya mendapat tahu 'pengetip kuku' kini dikenali sebagai 'pemotong kuku'.Ejaan barbeku, snek dan stimbot telah diterima pakai dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Ejaan gogel tidak disenaraikan. Dalam hal ini lebih baik gunakan cermin mata atau kaca mata renang.Ejaan21.02.2008
bilakah penggunaan yang sesuai bagi 'dia' dan 'nya'?

Encik Ahmad Sabri,

Soalan yang ditanyakan agak kurang jelas. Namun penggunaan dia dan nya dapat dibezakan penggunaan nya melalui ayat berikut.

Apabila dia (sebagai ganti nama)kembali ke kampungnya (ganti nama ) setelah sepuluh tahun meninggalkan kampung tersebut ,dia amat terperanjat dengan pelbagai perubahan yang berlaku.

Tatabahasa04.10.2010
merujuk soalan 6. dia dan nya adalah ganti nama diri ketiga tunggal. bilakah sesuai menggunakan nya dan dia?

Penggunaan dia dan nya dapat dibezakan melalui ayat berikut. Apabila dia (sebagai ganti nama) kembali ke kampungnya (ganti nama ) setelah sepuluh tahun meninggalkan kampung tersebut ,dia amat terperanjat dengan pelbagai perubahan yang berlaku.

Tatabahasa06.10.2010
1. Saya berasal ( dari, daripada ) Selangor. Dari digunakan untuk tempat manakala Daripada digunakan untuk orang? 2." ( Eh , Oh ) ,awak rupanya Julia !" kata Kenny . 3. Bagaimanakah membezakan penggunaan Wah & Amboi ? TQ

Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Saya berasal dari Selangor. Dari digunakan utk merujuk kpd tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala daripada merujuk kpd sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang).

2. "Eh,awak rupanya Julia!" kata Kenny. Eh ialah kata seru utk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll): Contoh ayat, 1. Eh, dulu di sinilah dia tinggal! 2. Eh, Ali rupanya yang datang. Oh pula ialah kata seru utk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll): Contoh ayat, 1. Oh,baru ini aku tahu! 2. Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka!

3. Perbezaan wah dan amboi ialah wah digunakan utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll). Contohnya: Wah, dahsyat sungguh!, manakala amboi pula ialah kata seruan utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang. Contohnya: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini!

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan Edisi Empat.

Karya23.07.2010

Kembali ke atas