LAMPIRAN: Dewan Bahasa dan Pustaka.docx Salam sejahtera 1) Penggunaan dia dan -nya dapat dibezakan melalui ayat berikut. Apabila dia (sebagai ganti nama) kembali ke kampungnya (ganti nama) setelah sepuluh tahun meninggalkan kampung tersebut,dia amat terperanjat dengan pelbagai perubahan yang berlaku. Berdasarkan penerangan di atas, adakah”-nya” bermaksud “dia punya”? Sekiranya benar, adakah penggunaan “-nya” dalam ayat di bawah betul? 1 1. Saya memberikan hadiah itu kepadanya. 2. Dia telah membeli beberapa buah buku yang disukainya. 3. Katanya, masalah ini harus diselesaikan dengan segera. 2 2) Adakah kenyataan berikut betul? Kata hubung seperti jika, kalau, jikalau dan sekiranya mempunyai maksud dan penggunaan yang sama dan digunakan untuk menunjukkan syarat yang harus dipenuhi untuk mencapai atau melakukan sesuatu perkara. Kata hubung seperti andai kata dan seandainya pula digunakan untuk menerangkan peristiwa yang dianggap mungkin terjadi. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, semua penggunaan kata “-nya” yang hadir dalam ayat tersebut berfungsi sebagai kata ganti nama diri orang ketiga, bukan merujuk maksud kepunyaan individu. Bagi penggunaan kata hubung “jika”, “kalau”, “jikalau”, “andai kata” dan “seandainya” yang hadir dalam ayat boleh berfungsi untuk menyatakan syarat, harapan, andaian, menyatakan kemungkinan sesuatu akan berlaku dan sebagainya berdasarkan konteks pengunaannya dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman: 253 – 254 dan Kamus Dewan Perdana, halaman: 93-94 dan 903. |