Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pe.rin.ci] | ترڤرينچي

Definisi : diperincikan, dihuraikan dgn butir­-butirnya: terdapat juga keterangan-keterangan yg ~ mengenai daerah-daerah di sekeliling; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pe.rin.ci] | ترڤرينچي

Definisi : telah diperincikan atau telah dihuraikan sepenuh-penuhnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ter.pe.rin.ci] | ترڤرينچي

Definisi : telah diperincikan; telah dihuraikan sepenuhnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terperinci


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, yang manakah benar " menerangkan secara terperinci" atau " menerangkan dengan terperinci"?Kedua-dua frasa tersebut betul.Tatabahasa06.03.2012
berikan maksud secara terperinci bahasa itu bersifat dinamis?

Maklumat terperinci tentang tajuk "bahasa itu bersifat dinamik" tidak ada dalam pangkalan data kami. Maklumat terperinci hanya diperoleh melalui pembacaan yang banyak dan kajian yang mendalam tentang tajuk tersebut. Bagi membantu saudara mencari maklumat yang diperlukan, beberapa artikel/buku kami cadangkan, iaitu: Bahasa tidak dinamis akan pupus, Johan Jaffar, Utusan Malaysia, 12/08/2004; Fungsi Dinamik Bahasa Melayu, Asiah Idris, Jurnal Dewan Bahasa, Mei 1995 dan Peranan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun tinggi, Abd. Rahman Yaakub, 2004.

 

Lain-lain09.07.2011
MAKSUD TERPERINCI TENTANG 'TEKANAN KERJA'Tekanan kerja membawa kesan positif dan juga negatif. Tekanan kerja yang sedikit perlu untuk meningkatkanproduktiviti. Manakala tekanan kerja yang berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif. Suasana  di tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental termasuklah perhubungan sesama rakan sekerja dan perhubungan dengan majikan. Untuk maksud yang perinci sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain20.01.2009
Apakah maksud terperinci dan perbezaan maksud di antara: 1.Pekeliling Kerajaan (PKPA) 2.Surat Pekeliling Kerajaan 3.Surat edaran 4.garis panduanPekeliling kerajaan dan surat pekeliling ialah perkara yang sama, iaitu surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengtahuan umum seperti yang lazimdiedarkan dalam sesebuah organisasi. Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dan sebagainya) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan.Makna31.12.2012
huraikan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan drama-drama absurd beserta contoh-contohnya...Drama absurd secara amnya ialah persembahan sama ada drama atau teater yang menggabungkan antara realiti dan bukan reliti (khayalan), contohnya teater Jangan Bunuh Rama-rama dan Tiang Seri Tegak Berlima. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan.Makna18.01.2011
Bolehkah penjelasan terperinci diberikan ke atas maksud Peranakan, Nyonya dan Baba serta sejauh manakah masyarakat Peranakan ini wujud dalam masyarakat majmuk Malaysia? Apakah ciri-ciri khusus yang ada pada masyarakat ini berbanding dengan masyarakat Melayu dan Cina? Maklumat lain yang berkaitan termasuk jika terdapat sebarang artikel yang pernah diterbitkan oleh DBP mengenai masyarakat Peranakan adalah dialu-alukan.

Saudara boleh membuat rujukan melalui Pustaka Digital dalam  Laman DBP, atau merujuk makalah tentang perkara ini dalam majalah dan akhbar tempatan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau di perpustakaan awam. 

Lain-lain19.08.2010
Jelaskan secara terperinci perbezaan penggunaan perkataan baru ddan baharu

Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru serta baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Untuk lebih mudah difahami kata new diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai baru dan baharu (cth: edisi baru, edisi baharu), kata just diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai baru (cth: dia baru sampai).

Tatabahasa24.05.2010
INGIN MAKLUMAT TERPERINCI MENGENAI FORMAT PENGUMUMAN DI KHALAYAK.Format pemakluman di khalayak ramai ada pelbagai jenis yang bergantung pada bentuk pemakluman yang hendak disampaikan. Sila fokuskan bahan pemakluman yang dikemukakan agar pihak kami dapat memberikan panduan yang sesuai.Lain-lain18.02.2008
terangkan dengan terperinci tentang sosiolinguistikMenurut Kamus Dewan, sosiolinguistik ialah kajian bahasa dlm hubungannya dgn struktur dan sikap masyarakat. Namun demikian, bagi membantu saudara mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan sosiolonguistik, saudara boleh mengunjungi laman web DBP di www.dbp.gov.my dan pada perkhidmatan menu utama, saudara boleh klik pada katalog awam dalam talian. Dalam kawat carian, saudara boleh taip kata carian sosiolonguistik dan maklumat serta bahan yang diperlukan berkaitan sosiolinguistik akan dipaparkan pada skrin. Semoga berjaya. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain30.10.2006
HURAIKAN SECARA TERPERINCI APAKAH KEPENTINGAN PROSES PENYUNTINGAN DALAM PENULISAN MANUSKRIP?Penyuntingan ialah proses menyemak semula manuskrip yang telah siap ditulis. Semakan dibuat dari segi fakta, bahasa, persembahan, dan reka letak/ reka bentuk. Tujuannya supaya manuskrip itu lengkap, betul/tepat, dan mudah difahami oleh pembaca apabila telah dicetak menjadi buku. Penyuntingan ada dua jenis, iaitu substantif ( sunting isi/fakta) dan kopi (sunting bahasa dan teknikal).Makna25.09.2006
12345678910...

Kembali ke atas