Tatabahasa: Yang manakah tepat untuk frasa di bawah:- terpesona 'dengan' atau terpesona 'oleh'/'akan'? Contoh ayat: Saya terpesona dengan kulitnya yang putih melepak. | Yang tepat ialah terpesona oleh/terpesona akan. | Tatabahasa | 24.10.2009 |
Soalan kata sendi nama 1. Semua pelancong terpesona _________ keindahan pantai di Pulau Tioman. A. untuk B. akan C. kepada D. daripada Berikut merupakan soalan yang saya temui daripada sebuah buku latihan. Jawapan yang diberikan ialah B.akan. Mengikut Kamus Dewan, terpesona mempunyai maksud 1.kena pesona,terpukau. 2. sangat tergoda,sangat terpikat hati Contoh yang diberikan: terpesona oleh terpesona dengan Di sini, soalan saya ialah "terpesona akan" boleh digunakan atau tidak?terpesona tambah kata sendi "akan" | Cikgu Lye, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP, Sebenarnya jawapan yang diberikan adalah betul kerana jika Cikgu melihat makna yang diberikan ada dinyatakan akan juga membawa makna adapun, perihal, mengenai, tentang, jadi adalah tidak salah sekiranya jawapan yang diberikan ialah akan. Terima kasih | Tatabahasa | 09.06.2009 |
Adakah 'sangat terpesona' betul dari segi tatabahasa? | Terpesona bermaksud sangat tergoda, oleh itu kata terpesona sudah memadai. | Tatabahasa | 10.10.2011 |
Kami terpesona apabila melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat. Munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan menganyam dalam ayat ini. Terima kasih | Dalam pangkalan data kami tidak ada perkataan seerti dengan menganyam dalam konteks menganyam bakul, jala dan sebagainya. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
kami terpesona apabila menyaksikan kelincahan ahli-ahli akrobatik berjalan di atas tali yang dirennggangkan. tuan, mengapakah buku rujukan mengatakan kelincahan adalah salah? | Kelincahan bermaksud perihal lincah. Antara maksud lincah ialah cergas, giat, pantas, tangkas dan rancak. Oleh itu, mana mungkin perihal sifat tersebut dapat dilaksanakan di atas tali yang direnggangkan. Apa yang dapat menggambarkan hal keadaan tersebut ialah keberanian atau perbuatan lain yang dilakukan dengan berhati-hati. | Tatabahasa | 03.08.2011 |
Antara dua ayat berikut, ayat manakah betul dari segi penggunaan kata sendi nama? a) Penonton-penonton terpesona dengan persembahan tradisional itu. b) Penonton- penonton terpesona oleh persembahan tradisional itu. | Kata sendi nama yang betul ialah oleh/akan. Penonton- penonton terpesona oleh/akan persembahan tradisional itu. | Tatabahasa | 11.06.2013 |
beribu-ribu penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. (adakah beribu-ribu salah?) | Penggunaan 'beribu-ribu" dalam ayat tersebut kurang tepat kerana tiada penjodoh bilangan. Ayat yang tepat ialah Beribu-ribu orang penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu atau Ribuan penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. | Tatabahasa | 20.02.2011 |
Adakah perkataan terpegun kata seerti bagi perkataan terpesona? Jika tidak, apakah kata seerti untuk terpesona? | | Makna | 27.03.2018 |
Pelancong itu terpukau/terpesona/terpikat oleh atau akan atau dengan atau pada atau kepada keindahan Pulau Langkawi. penggunaan kata sendi oleh/dengan/akan/pada/kepada yang mana satu tepat?dan kenapa? | Kata sendi yang sesuai dan tepat ialah akan atau oleh. Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kata sendi, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 23.10.2008 |
Mana yang betul? 1.Ali berasa _____ semenjak isterinya meninggal dunia. kesepian / sepi / kedua-dua boleh diterima 2.Para penonton terpesona _____ kehebatan Abu mendeklamasi sajak. oleh / dengan /kedua-dua boleh diterima | 1. Ali berasa sepi semenjak isterinya meninggal dunia. atau Ali kesepian semenjak isterinya meninggal dunia 2. Para penonton terpesona oleh/dengan kehebatan Abu mendeklamasi sajak. | Tatabahasa | 09.07.2012 |