Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pesona (kata nama)
Bersinonim dengan mantera, guna-guna, jampi, sihir;,
Kata Terbitan : mempesona, mempesonakan, terpesona,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan kata sendi nama 1. Semua pelancong terpesona _________ keindahan pantai di Pulau Tioman. A. untuk B. akan C. kepada D. daripada Berikut merupakan soalan yang saya temui daripada sebuah buku latihan. Jawapan yang diberikan ialah B.akan. Mengikut Kamus Dewan, terpesona mempunyai maksud 1.kena pesona,terpukau. 2. sangat tergoda,sangat terpikat hati Contoh yang diberikan: terpesona oleh terpesona dengan Di sini, soalan saya ialah "terpesona akan" boleh digunakan atau tidak?terpesona tambah kata sendi "akan"

Cikgu Lye, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP,

Sebenarnya jawapan yang diberikan adalah betul kerana jika Cikgu melihat makna yang diberikan ada dinyatakan akan juga membawa makna adapun, perihal, mengenai, tentang, jadi adalah tidak salah sekiranya jawapan yang diberikan ialah akan. Terima kasih

Tatabahasa09.06.2009
1. Apakah perbezaan antara "menemui"dengan "menemukan"?Saya sering terkeliru oleh kedua-dua perkataan tersebut?Bagaimanakah pula saya hendak mengaplikasikan perkataan ini dalam suatu ayat? 2. Selepas perkataan "terpesona", haruskah saya letakkan perkataan "oleh" atau "dengan'?atau pilihan lain? Adakah peraturan ini digunakan pada semua perkataan yang mempunyai imbuhan awalan "ter-.."? Terima kasih..(",)

1. Kata kerja menemui membawa banyak makna antaranya ialah "bertemu dengan", seperti dalam contoh ayat  "Aku pergi menemui seorang guru pelatih", dan menemui juga boleh membawa makna yan sama dengan menemukan, iaitu "berjumpa dengan sesuatu yang dicari", seperti dalam contoh ayat "Polis kemudiannya telah menemui/menemukan kereta yang digunakan oleh perompak-perompak tersebut. 

2. Terpesona membawa maksud: 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi), 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati. kata terpesona boleh diikuti oleh atau dengan mengikut kesesuaian maknanya. Peraturan ini tidak terikat pada kata kerja yang mengandungi awalan ter-. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa, halaman 170-175.

Tatabahasa14.07.2009
Mana yang betul? 1.Ali berasa _____ semenjak isterinya meninggal dunia. kesepian / sepi / kedua-dua boleh diterima 2.Para penonton terpesona _____ kehebatan Abu mendeklamasi sajak. oleh / dengan /kedua-dua boleh diterima1. Ali berasa sepi semenjak isterinya meninggal dunia. atau Ali kesepian semenjak isterinya meninggal dunia
2. Para penonton terpesona oleh/dengan kehebatan Abu mendeklamasi sajak.
Tatabahasa09.07.2012
1)Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan,saling berinteraksi secara berhemah dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.2)Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar tentera kuat tetapi atas dasar perundingan.3)Kami terpesona apabila melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.(TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH)1) Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan, saling berinteraksi dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.
2) Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar kekuatan tentera tetapi atas dasar perundingan.
3) Kami terpesona melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.
Tatabahasa16.09.2012
1. Merujuk kepada penerangan tuan yang berikut: - Frasa "di kalangan" dan "dalam Kalangan" kedua-duanya betul, namun penggunaan yang paling gramatis ialah "dalam Kalangan". Hal ini berlaku demikian kerana kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat. Sementara kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak'. Mengapakah kamus dewan edisi yang terbaru, iaitu edisi ke-4 masih tidak menggunakan "dalam kalangan"? Bilakah "dalam kalangan" bertukar menjadi "dalam kalangan"? Daripada pihak manakah yang dapat dirujuk apabila perubahan tatabahasa ini disahkan? Adakah calon SPM atau PMR patut menggunakan "dalam kalangan" dalam pemilihan tatabahasa yang tepat semasa menjawab soalan peperiksaan SPM dan PMR seperti ini? 2. Merujuk kepada jawapan yg diberikan tuan spt berikut:- (a) Sebilangan kecil peserta.... (b) Sebilangan kecil daripada peserta.... (c) Segelintir pelajar... (d) Segelintir daripada pelajar - keempat-empat frasa tersebut betul Adakah Kedua-dua ayat ini juga betul? (a) Sebahagian daripada hartanya didermakan. (b) Sebahagian hartanya didermakan. 3. (a) Para pelancong terpesona oleh keindahan alam. (b) Para pelancong terpesona dengan keindahan alam. (c) Para pelancong tertarik oleh keindahan alam. (d) Para pelancong tertarik dengan keindahan alam.

1. Hal ini berlaku demikian kerana contoh ayat dalam Kamus Dewan bersumberkan korpus. Oleh itu, kami cadangkan untuk melihat makna kata eloklah merujuk kamus dan juga tahu membaca kamus termasuklah simbol-simbol yang digunakan. Untuk membina kata, frasa dan ayat eloklah merujuk buku Tatabahasa Dewan. Dalam buku Tatabahasa Dewan dijelaskan penggunaan kata sendi nama seperti di dan dalam serta eloklah kita membiasakan penggunaan yang betul. Perlu diingat kami menerima kedua-dua frasa di kalangan atau dalam kalangan, namun seperti yang dijelaskan frasa yang paling tepat mengikut hukum tatabahasa ialah dalam kalangan. Untuk tujuan peperiksaan, eloklah berhubung terus dengan Majlis Peperiksaan Malaysia melalui guru sekolah saudara.    

2. Ayat-ayat tersebut adalah betul. 

Tatabahasa10.08.2011
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009
Apakah perbezaan syarahan perdana,taklimat dan ucapan.

Syarahan perdana ialah satu bentuk syarahan/ceramah yang disampaikan di tempat yang luas dan  disaksikan oleh penonton yang ramai.  

Taklimat ialah penerangan ringkas tentang sesuatu perkara.

Ucapan ialah 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peribahasa, simpulan bahasa, ungkapan;

Istilah14.05.2009

Kembali ke atas