Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pi.lih] | ترڤيليه

Definisi : 1. dapat dipilih, telah dipilih: wakil PAS yg tunggal dlm Parlimen pernah ~ dr Kerian; 2. memilih dgn tidak sengaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terpilih

Puisi
 

Intan terpilih tercabut sarung,
     Disambarlah oleh dewa alperi;
Puas kupilih di dalam kampung,
     Baru mendapat si jantung hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Pilih-pilih ruas (= tebu),
     terpilih pada buku (= dilabu muda).

Bermaksud :

Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Memilih sangat, terpilih buku).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Bolehkah "selected system restore point" diterjemahkan kepada "titik pemulihan sistem terpilih" atau "titik pulih sistem terpilih"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Terjemahan yang boleh digunakan ialah titik pulih sistem terpilih.Penyemakan dan penterjemahan31.01.2018
saya terpilih untuk mengikuti pengajian dalam ijazah sarjana muda persuratan melayu,apakah bidang kerjaya yang akan saya ceburi apabila tamatnya pengajian?Soalan yang dikemukakan ini tidak berkaitan dengan perkhidmatan kami, iaitu perkhidmatan memberikan khidmat nasihat bahasa, sastera, penerbitan, pengurusan dan korporat berkenaan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain14.05.2019
Diskaun 10% untuk item terpilih ketika promosi setiap bulan. Adakah ayat diatas betul?Ayat tersebut betul.  Diskaun 10% untuk item terpilih ketika promosi setiap bulan. Lain-lain29.03.2021
Salam, antara ayat ini yang manakah lebih betul? 1. Projek sains oleh murid yang terpilih akan dipamerkan di dewan sekolah. 2. Projek sains daripada murid yang terpilih akan dipamerkan di dewan sekolah. terima kasih.

Kedua-dua ayat tersebut betul. Tidak ada mana-mana antara kedua-dua ayat tersebut yang lebih betul.

Tatabahasa24.02.2014
Kekeliruan penggunaan kata ganti tak tentu, mana-mana - untuk mengganti nama benda atau nama tempat yang tidak tentu. Contoh soalan, "----------------peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi------------------yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. A. Apa-apa, bila-bila B. Siapa-siapa, mana-mana C. Mana-mana, siapa-siapa D. Berapa-berapa, siapa-siapa

Encik Paul,

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlm. 87):  kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya:

apa-apa:   Bawalah apa-apa yang ada.

mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka.

siapa-siapa (sesiapa); Siapa-siapa pun boleh bersuara.

Oleh itu, berdasarkan keterangan di atas, ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

Siapa-siapa (Sesiapa) peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi mana-mana yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. 

 

Tatabahasa28.02.2009
RHB dan Maybank merupakan dua buah............ yang menyediakan khidmat perbankan di cawangan Pos yang terpilih. soalan saya, apakah jawapannya? bank atau institusiRHB dan Maybank merupakan dua buah institusi perbankan yang menyediakan perkhidmatan di cawangan Pos yang terpilih.Tatabahasa20.12.2012
RHB dan Maybank merupakan dua buah ........... yang menyediakan khidmat perbankan di cawangan Pos yang terpilih. Soalan saya, apakah jawapan yang sebenarnya tanpa mengubah ayat-ayat tersebut. Jawapan yang diberikan iaitu Bank atau Institusi, saya harap pihak tuan dapat menyelesaikan masalah saya ini dengan ucapan jutaan terima kasih. sekian.RHB dan Maybank merupakan dua buah institusi yang menyediakan khidmat perbankan di cawangan Pos yang terpilih.
Tatabahasa21.12.2012
Selamat petang. Antaranya termasuklah Dialog Terpilih Mengenai Seni (Selected Dialogues on Arts) oleh Plato dan Laocoon oleh Gotthold Ephraim Lessing. Dalam teks terjemahan dari bahasa Cina ke bahasa Melayu, adakah nama buku bahasa Inggeris harus disertakan sekali? Terima kasih.

DBP seperti penerbit lain mempunyai gaya penerbitan tersendiri. Gaya penerbitan DBP adalah mengikut Gaya Dewan.  Cara menulis rujukan berdasarkan Gaya Dewan adalah mengikut Kaedah Penulis-Tarikh seperti yang berikut:

(a) Nama penulis, editor atau penyusun diikuti tanda koma.

(b) Tahun terbit diikuti dengan tanda noktah.

(c) Judul ditulis dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah.

(d) Tempat terbit diikuti dengan tanda titik bertindih.

(e) Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah.

Contoh:

 Farid M. Onn, 1980. Aspects of Malay Phonology and Morphology. A Generative Approach. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saudara boleh merujuk Gaya Dewan terbitan DBP.

Lain-lain29.07.2021
Kami tidak tahu siapa yang akan terpilih untuk mewakili maktab ke pertandingan nasyid. Apakah kesalahan yang ada dlm ayat ini?Kesalahan yang ditemukan dalam ayat tersebut ialah penggunaan kata tanya "siapa" dalam ayat penyata.Tatabahasa29.07.2013
Mohon menterjemahkan dalam Jawi "WAKIL INSURAN TERPILIH ANDA" untuk papan iklan Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu. Terima kasih.Sila lihat Lampiran.Ejaan13.05.2013
12345678

Kembali ke atas