APAKAH KESAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIK | Kesannya terpulang kepada tujuan saudara menggunakan bahasa Melayu klasik itu. Adakah tujuan penggunaan itu untuk tujuan kajian... Siapakah khalayak sasaran yang akan membacanya... dari situ saudara akan dapat membuat kesimpulan kesan penggunaan bahasa Melayu klasik tersebut. Sekiranya saudara maksudkan kesannya pada zaman klasik juga, saudara perlu merujuk buku-buku yang berkaitan dengannya supaya lebih jelas. | Lain-lain | 29.07.2009 |
bila masa yang sesuai untuk menggunakan (i) i) dan i. | Tiada batasan masa yang sesuai bilakah bentuk begitu perlu digunakan terpulang kepada pengguna. Cuma mengikut Gaya Dewan bentuk "i)" tidak diterima kerana tanda kurungannya tidak lengkap dan sepatutnya ditulis "(i)". Bentuk-bentuk lain yang boleh digunakan: i- dan i. dsb. | Lain-lain | 06.02.2009 |
APAKAH GELARAN YANG BETUL UNTUK ADIK BERADIK CONTOHNYA ALONG, ANGAH, UDA DAN SETERUS NYA | Untuk makluman saudara along, angah, uda, utih, itam dan sebagainya ialah nama timang-timangan bagi turutan adik-beradik dalam kalangan keluarga. Gelarannya pula terpulang pada peringkat timang-timangan, jika tarafnya adik-beradik maka digelarnya along/abang long/kak long, jika tarafnya ibu/bapa saudara mak digelarnya mak long/pak long. | Lain-lain | 10.12.2010 |
Salam, saya ingin bertanya. Apa perbezaan antara istilah Persatuan Penduduk dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung?Antara dua istilah itu, yang mana lebih baik untuk digunakan pada masa kini?Ataupun kedua-duanya boleh dan relevan untuk digunakan? Sekian, terima kasih. | Kedua-dua perkataan tersebut mewakili pertubuhan komuniti setempat, ada yang menggunakan istilah Persatuan Penduduk dan ada yang menggunakan istilah Jawatankuasa Kemajuan Kampung. Terpulang kepada masyarakat untuk menggunakan istilah manakah yang digemari oleh mereka. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
Assalamualaikum. Dalam Kamus Dewan kata "baru" boleh silih berganti dengan "baharu". Namun dalam ayat situasi mana yang sesuai kita gunakan "baru" dan "baharu" untuk membina ayat.Adakah kedua-duanya boleh diguna pakai? Tetapi kenapa dalam proses pengimbuhan kata "baharu" digunakan jika dibanding dengan "baru". Contohnya, pembaharuan, pembaharu, dibaharukan dan sebagainya. Boleh atau tidak kita jadikan " pembaruan", pembaru" "dibarukan" dan sebagainya. Terima Kasih. Tarikh diperlukan jawapan, terpulang kepada pihak tuan. | Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Untuk lebih mudah memahaminya, kata "baru" lazimnya merujuk kepada masa dan dalam bahasa Inggeris kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, just now = baru sebentar tadi. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baharu atau dalam bahasa Inggerisnya 'new'.Walau bagaimanpun kata "new" diterjemahkan juga kepada baru, contohnya new car = kereta baharu/baru. Dalam bentuk kata terbitan, kata dasar baharu lebih produktif daripada kata dasar baru seperti membaharui, memperbaharu, kebaharuan, pembaharuan, pembaharu, baru-baru dan membarukan. Penggunaan kata terbitan lazimnya berdasarkan contoh penggunaan yang telah ada seperti pembaharu, bukannya pembaru. | Tatabahasa | 10.07.2011 |
kata kerja bagi buka atau tutup suis kipas. soalan: memetik suis kipas atau menekan suis kipas? manakah yang paling tepat dan sesuai? | Soalan sdr bergantung kepada bentuk suis yg terdapat pada kipas tersebut. Sekiranya suis kipas tersebut memerlukan ia ditekan, maka suis kipas itu perlu ditekan. Manakala terdapat juga suis kipas yg tidak memerlukan ia ditekan, sebaliknya memerlukan seseorang itu memetiknya. Dalam keadaan sekarang, terdapat banyak jenis kipas yang berlainan jenis, dan ini terpulang kepada seseorang itu untuk memetik atau menekan kipas tersebut. T.kasih. | Lain-lain | 28.10.2008 |
Antara Istilah Malaysia dengan Istilah MABBIM di prpm.gov.my: 1) Kumpulan istilah manakah yang digubal terlebih dahulu/Kumpulan istilah manakah yang digubal berdasarkan kumpulan istilah yang satu lagi? 2) Kumpulan istilah manakah yang lebih berwibawa dan diguna pakai secara baku dan mantap? Persoalan ini timbul kerana kedapatan padanan istilah yang berbeza antara yang dalam Istilah Malaysia dengan yang dalam Istilah MABBIM. | Untuk makluman, terdapat istilah Malaysia yang digubal dahulu sebelum digubal pada peringkat MABBIM dan ada yang digubal pada peringkat MABBIM dahulu sebelum digubal di Malaysia. Istilah MABBIM ialah istilah yang dipersetujui antara tiga negara, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Kedua-dua istilah MABBIM dan istilah Malaysia adalah baku dan boleh digunakan. Oleh itu, terpulang pada pengguna untuk memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan. | Istilah | 01.10.2012 |
Salam sejahtera, Antara Istilah Malaysia dengan Istilah MABBIM di prpm.gov.my: 1) Kumpulan istilah manakah yang digubal terlebih dahulu/Kumpulan istilah manakah yang digubal berdasarkan kumpulan istilah yang satu lagi? 2) Kumpulan istilah manakah yang lebih berwibawa dan diguna pakai secara baku dan mantap? Persoalan ini timbul kerana kedapatan banyak padanan istilah yang berbeza antara yang dalam Istilah Malaysia dengan yang dalam Istilah MABBIM. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, terdapat istilah Malaysia yang digubal dahulu sebelum digubal pada peringkat MABBIM dan ada yang digubal pada peringkat MABBIM dahulu sebelum digubal di Malaysia. Istilah MABBIM ialah istilah yang dipersetujui antara tiga negara, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Kedua-dua istilah MABBIM dan istilah Malaysia adalah baku dan boleh digunakan. Oleh itu, terpulang pada pengguna untuk memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan. | Istilah | 09.08.2012 |
salam. saya amat meminati dunia penulisan. saya pernah menghasilkan satu novel online. Tapi, daripada segi kualiti mungkin agak rendah kerana mungkin penggunaan struktur kata yang agak kurang bijak, tidak cukup puitis, kosa kata tidak meluas dan kadang-kadang pengakhiran cerita dapat diteka oleh pembaca. Saya betul-betul berminat untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku. Saya berkehendakkan khidmat daripada DBP dalam memberi tunjuk ajar dan tips bagi menjadi seorang penulis. harap kepada respon. kerjasama tuan diucapkan terima kasih. | Salam. Tips untuk menjadi penulis, antara lain, saudara perlu banyak membaca karya orang lain terlebih dahulu. Jika saudara ingin menulis novel misalnya, maka bacalah novel yang temanya menjadi minat saudara, contohnya kisah cinta, penyiasatan, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, seting, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens; pembahagian bab, dan apa-apa sahaja yang menjalin sesebuah cerita. Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara. Pada masa ini juga, banyak buku panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak tips untuk saudara menulis. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis yang baik, maka mahu tidak mahu, ia terpulang juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah, bakat semula jadi (alami), tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Moga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti, insya-Allah. Wassalam. | Lain-lain | 05.05.2010 |